Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir

Kajian ini membincangkan tentang tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) dan impaknya terhadap hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dari tahun 1962 hingga 1998. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana tuntutan Filipina ke atas Sabah mempengaruhi hubungan bilateral Filipina dan Mal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norizan , Kadir
Format: Thesis
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11160/1/Norizan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11160/2/Norizan_Kadir.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11160/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
id my.um.stud.11160
record_format eprints
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic CD Diplomatics. Archives. Seals
H Social Sciences (General)
spellingShingle CD Diplomatics. Archives. Seals
H Social Sciences (General)
Norizan , Kadir
Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir
description Kajian ini membincangkan tentang tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) dan impaknya terhadap hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dari tahun 1962 hingga 1998. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana tuntutan Filipina ke atas Sabah mempengaruhi hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dalam aspek kerjasama politik, sosial dan ekonomi. Kajian ini juga turut memfokuskan kepada perubahan polisi luar Filipina terhadap Sabah sejak pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal hingga era Presiden Fidel V. Ramos. Dalam konteks ini juga, perbincangan turut menyentuh mengenai perkembangan, kesinambungan dan trend tuntutan dari tahun 1962 hingga 1998. Tempoh kajian bermula pada tahun 1962 kerana pada tahun itu Filipina telah menghantar aide-memoire pertamanya kepada Kerajaan British bagi mencabar kedaulatan dan pemilikan sebenar ke atas Borneo Utara. Tempoh kajian ditamatkan pada tahun 1998 iaitu selepas berakhirnya pemerintahan Presiden Fidel V. Ramos sebagai Presiden Filipina kerana pada ketika itu polisi tuntutan ke atas Sabah sudah tidak lagi menjadi agenda nasional Filipina. Kaedah penyelidikan berbentuk kepustakaan dan kajian lapangan telah dilaksanakan bagi mendapatkan data-data daripada sumber primer dan sekunder. Antara sumber primer yang dirujuk dalam kajian ini termasuklah laporan, dokumen perjanjian, surat-menyurat, keratan akhbar, minit mesyuarat, warta kerajaan, memorandum, teks ucapan serta terbitan rasmi kerajaan. Rujukan yang ekstensif juga turut dibuat ke atas rekod-rekod British seperti Colonial Office (CO), Foreign Office (FO), Foreign and Commonwealth Office (FCO) dan Dominion Office (DO). Sumber-sumber sekunder pula termasuklah buku, jurnal, artikel, kertas-kertas persidangan, tesis, latihan ilmiah dan bahan-bahan lain yang berautoriti. Kajian ini juga menggunakan pendekatan sejarah diplomatik (diplomatic historical approach) bagi menganalisis hubungan bilateral Filipina dan Malaysia. Kajian ini menunjukkan, polisi tuntutan Filipina ke atas Sabah telah menjejaskan hubungan diplomatik Filipina dan Malaysia apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menangguhkan hubungan diplomatik sehingga pertikaian ke atas Sabah kembali reda. Pasca pembentukan Malaysia juga memperlihatkan keengganan Filipina untuk mengiktiraf kedaulatan Malaysia kerana tidak berpuas hati di atas kegagalannya mendapatkan Sabah. Hubungan luar Filipina dan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan turun naik sepanjang tempoh berlangsungnya tuntutan Filipina ke atas Sabah. Pertikaian ke atas Sabah bukan sahaja menjejaskan hubungan diplomatik Filipina- Malaysia, ia bahkan turut menjejaskan kerjasama serantau. Hal ini terbukti apabila pertubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961 akhirnya dibubarkan lantaran kegagalan kedua-dua pihak tersebut mencapai kata sepakat dalam isu Sabah. Kajian ini juga menunjukkan, kegagalan dalam hubungan diplomatik itu turut menjejaskan kerjasama dalam aspek ekonomi dan sosial. Tidak banyak kerjasama ekonomi yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Hal ini demikian kerana, Filipina menentang mana-mana kerjasama yang boleh mendatangkan prejudis terhadap tuntutannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, ketika Filipina menukar polisi tuntutannya kepada dormant claim dan backburner, kerjasama ekonomi dan sosial menunjukkan perkembangan yang positif terutamanya ketika era pemerintahan Presiden Ramos. Kajian ini membuktikan bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah bukan sahaja menjejaskan hubungan diplomatik Filipina-Malaysia, bahkan turut menjejaskan kerjasama sosioekonomi dan kestabilan serantau.
format Thesis
author Norizan , Kadir
author_facet Norizan , Kadir
author_sort Norizan , Kadir
title Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir
title_short Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir
title_full Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir
title_fullStr Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir
title_full_unstemmed Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir
title_sort tuntutan filipina ke atas sabah dalam hubungan filipina-malaysia, 1962-1998 / norizan kadir
publishDate 2016
url http://studentsrepo.um.edu.my/11160/1/Norizan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11160/2/Norizan_Kadir.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11160/
_version_ 1738506449614536704
spelling my.um.stud.111602020-05-18T17:12:36Z Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir Norizan , Kadir CD Diplomatics. Archives. Seals H Social Sciences (General) Kajian ini membincangkan tentang tuntutan Filipina ke atas Sabah (Borneo Utara) dan impaknya terhadap hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dari tahun 1962 hingga 1998. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana tuntutan Filipina ke atas Sabah mempengaruhi hubungan bilateral Filipina dan Malaysia dalam aspek kerjasama politik, sosial dan ekonomi. Kajian ini juga turut memfokuskan kepada perubahan polisi luar Filipina terhadap Sabah sejak pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal hingga era Presiden Fidel V. Ramos. Dalam konteks ini juga, perbincangan turut menyentuh mengenai perkembangan, kesinambungan dan trend tuntutan dari tahun 1962 hingga 1998. Tempoh kajian bermula pada tahun 1962 kerana pada tahun itu Filipina telah menghantar aide-memoire pertamanya kepada Kerajaan British bagi mencabar kedaulatan dan pemilikan sebenar ke atas Borneo Utara. Tempoh kajian ditamatkan pada tahun 1998 iaitu selepas berakhirnya pemerintahan Presiden Fidel V. Ramos sebagai Presiden Filipina kerana pada ketika itu polisi tuntutan ke atas Sabah sudah tidak lagi menjadi agenda nasional Filipina. Kaedah penyelidikan berbentuk kepustakaan dan kajian lapangan telah dilaksanakan bagi mendapatkan data-data daripada sumber primer dan sekunder. Antara sumber primer yang dirujuk dalam kajian ini termasuklah laporan, dokumen perjanjian, surat-menyurat, keratan akhbar, minit mesyuarat, warta kerajaan, memorandum, teks ucapan serta terbitan rasmi kerajaan. Rujukan yang ekstensif juga turut dibuat ke atas rekod-rekod British seperti Colonial Office (CO), Foreign Office (FO), Foreign and Commonwealth Office (FCO) dan Dominion Office (DO). Sumber-sumber sekunder pula termasuklah buku, jurnal, artikel, kertas-kertas persidangan, tesis, latihan ilmiah dan bahan-bahan lain yang berautoriti. Kajian ini juga menggunakan pendekatan sejarah diplomatik (diplomatic historical approach) bagi menganalisis hubungan bilateral Filipina dan Malaysia. Kajian ini menunjukkan, polisi tuntutan Filipina ke atas Sabah telah menjejaskan hubungan diplomatik Filipina dan Malaysia apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menangguhkan hubungan diplomatik sehingga pertikaian ke atas Sabah kembali reda. Pasca pembentukan Malaysia juga memperlihatkan keengganan Filipina untuk mengiktiraf kedaulatan Malaysia kerana tidak berpuas hati di atas kegagalannya mendapatkan Sabah. Hubungan luar Filipina dan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan turun naik sepanjang tempoh berlangsungnya tuntutan Filipina ke atas Sabah. Pertikaian ke atas Sabah bukan sahaja menjejaskan hubungan diplomatik Filipina- Malaysia, ia bahkan turut menjejaskan kerjasama serantau. Hal ini terbukti apabila pertubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961 akhirnya dibubarkan lantaran kegagalan kedua-dua pihak tersebut mencapai kata sepakat dalam isu Sabah. Kajian ini juga menunjukkan, kegagalan dalam hubungan diplomatik itu turut menjejaskan kerjasama dalam aspek ekonomi dan sosial. Tidak banyak kerjasama ekonomi yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Hal ini demikian kerana, Filipina menentang mana-mana kerjasama yang boleh mendatangkan prejudis terhadap tuntutannya ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, ketika Filipina menukar polisi tuntutannya kepada dormant claim dan backburner, kerjasama ekonomi dan sosial menunjukkan perkembangan yang positif terutamanya ketika era pemerintahan Presiden Ramos. Kajian ini membuktikan bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah bukan sahaja menjejaskan hubungan diplomatik Filipina-Malaysia, bahkan turut menjejaskan kerjasama sosioekonomi dan kestabilan serantau. 2016-09 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11160/1/Norizan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/11160/2/Norizan_Kadir.pdf Norizan , Kadir (2016) Tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam hubungan Filipina-Malaysia, 1962-1998 / Norizan Kadir. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/11160/