Masalah kemiskinan kaum tani (Satu kajian kes di Kampung Setajam Bindau, Rompin, Pahang) / Mustafa Khan Abdul Samat

Kajian ini telah dijalankan di kampung Setajam, Endau, Rompin, Pahang. Tujuan kajian adalah untuk menyingkap berbagai keadaan sosio-ekonomi serta masalah-masalah yang membelengu petani yang menyebabkan petani di dalam kemelut kemiskinan. Permasalahan kemiskinan merupakan suatu fenomena yang semakin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustafa Khan, Abdul Samat
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11362/1/mustafa_khan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11362/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di kampung Setajam, Endau, Rompin, Pahang. Tujuan kajian adalah untuk menyingkap berbagai keadaan sosio-ekonomi serta masalah-masalah yang membelengu petani yang menyebabkan petani di dalam kemelut kemiskinan. Permasalahan kemiskinan merupakan suatu fenomena yang semakin serius yang mempunyai pengaruh dan implikask yang mendalam terhadap sosio-ekonomi masyarakat dan negara keseluruhanya Banyak kajian telah dilakukan oleh pengkaji tempatan dan luar mengenai pennasalahan kemiskinan ini. Kerajaan pula telah melancarkan berbagai rancangan dari Rancangan Malaysia Pertama ( 1961- 1965) hinggalah ko Rance.ngan Malaysia Keempat (RME) untuk menyelasaikan permasalahan ini, namun kemiskinan terus berlaku. Bagi melangkapkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah menerangkannya di dalam lima bab. Di dalam bab pertama, di terangkan mengenai kepentingan kajian, bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian luar, kesulitan-kesulitan kajian dan cara-cara mengatasinya. Seterusnya di dalam bab kedua diberikan penerangan sepintas lalu mengenai latarbelakang tempat kajian. Penerangan adalah meliputi latarbelakang sejarah kampung, lokasi, struktur kependudukan, kegiatan ekonomi, politik, pentadbiran, organisasi sosial, kemudahan infrastruktur dan sistem pengangkutan. Manakala itu, teori-teori kemiskinan dan ukuran-ukuran kemiskinan seperti ukuran-ukuran mutlak, ukuran perbandingan dan ukuran campuran antara mutlak dan perbandingan dihuraikan di dalam bab ketiga. Di dalam bab keempat pula, kajian ini memerihalkan latarbelakang responden yang berkai tan dengan sosio-ekonomi. Antara perkara yang diselidiki adalah pola pemilikan tanah bergeran, pemilikan tanah tidak bergeran, kegunaan tanah, kos penanaman padi, pola pendapatan, pola perbelanjaan, simpinan (tabungan), hutang, sumber hutang, pemilikan harta, pelajaran ibu- bapa, pelajaran anak-anak dan kesihatan. Juga di dalam bab ini di terangkan masalah yang dihadapi dan mengesyorkan langkah-langkah yang difikirkan sesuai oleh pengkaji untuk mengurangkan atau mengatasi masalah petani di kempung kajian. Bab kelima pula morupakan bab kesimpulan dan rumusan daripada kajian. Di dalam bab ini juga menolak beberapa teori kemiskinan seperti teori budaya miakin oleh Oscar Lewis dan teori Parkinson serta juga beberapa teori terhadap kawasan kajian dan juga perbandingan dengan beberapa kajian kemiskinan yang lepas-lepas.