Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam

Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan pendekatan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggabungkan pengetahuan sains tentang kesihatan dan pencegahan penyakit ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Isl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam
Format: Thesis
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14833/1/Mohammad_Syukor.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14833/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
id my.um.stud.14833
record_format eprints
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
BV1460 Religious Education
LB2361 Curriculum
spellingShingle BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
BV1460 Religious Education
LB2361 Curriculum
Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam
Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
description Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan pendekatan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggabungkan pengetahuan sains tentang kesihatan dan pencegahan penyakit ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Islam perlu diintegrasikan dengan ilmu moden seperti Sains supaya kekal relevan. Ini kerana pengintegrasian tersebut dapat menarik minat murid-murid serta menjadikan ilmu yang dipelajari lebih mudah untuk difahami. Hakikatnya, guru Pendidikan Islam bersedia menerima sebarang inovasi bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka. Dalam masa yang sama, terdapat banyak amalan ibadah dalam Islam dikaitkan dengan kebaikan dari sudut kesihatan menurut perspektif Sains. Namun, hingga kini belum ada modul Pendidikan Islam yang diintegrasikan dengan Sains Kesihatan. Sehubungan itu, perlu dijalankan satu kajian mengenai pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam. Fokus utama kajian ini ialah membina modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1 dan mengkaji keberkesanan penggunaan modul tersebut. Namun, secara terperincinya, terdapat enam objektif yang dirangka dalam kajian ini iaitu (1) membina modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam Tingkatan Satu, (2) mengenal pasti min markah ujian pra bagi responden kumpulan Kawalan dan Eksperimen, (3) mengenalpasti min markah ujian pasca bagi responden kumpulan Kawalan dan Eksperimen, (4) menganalisis perbezaan min markah ujian pra antara responden kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen, (5) menganalisis perbezaan min markah ujian Pasca antara responden kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen, (6) menganalisis tingkah laku minat belajar dalam kalangan peserta kumpulan Eksperimen ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Kajian ini telah menghasilkan sebuah modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu serta telah disahkan benar oleh beberapa orang pakar dalam bidang Sains Perubatan, Pendidikan dan Pengajian Islam. Bagi menguji keberkesanan penggunaan modul tersebut, kajian ini telah menggunakan reka bentuk Kuasi-Eksperimen bagi memperolehi data secara Kuantitatif. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang murid yang terdiri daripada dua buah kelas yang dipilih secara persampelan mudah di sebuah sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar iaitu seramai 25 orang murid dipilih sebagai kumpulan Kawalan dan 25 orang lagi sebagai kumpulan Eksperimen. Sebagai sokongan bagi dapatan analisis keberkesanan, kaedah pemerhatian dilaksanakan bagi mengenalpasti tingkah laku minat belajar dalam kalangan kumpulan Eksperimen dan didapati mereka melakukan beberapa tingkah laku minat belajar iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru, memberikan tindak balas yang positif kepada aktiviti pembelajaran serta melaksanakan tugasan yang diberi dengan sempurna. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu memberi kesan dalam menjadikan murid-murid lebih memahami pembelajaran yang mereka lalui. Perkara ini diharapkan dapat menjadikan murid-murid lebih berminat untuk mengamalkannya seterusnya mengurangkan masalah sosial dan masalah disiplin dalam kalangan mereka. Sehubungan itu, modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu perlu diperkenalkan kepada para guru Pendidikan Islam untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran mereka.
format Thesis
author Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam
author_facet Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam
author_sort Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam
title Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
title_short Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
title_full Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
title_fullStr Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
title_full_unstemmed Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
title_sort kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian sains kesihatan dalam kurikulum pendidikan islam tingkatan satu / mohammad syukor mohammad ghulam
publishDate 2021
url http://studentsrepo.um.edu.my/14833/1/Mohammad_Syukor.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14833/
_version_ 1781704987413315584
spelling my.um.stud.148332023-10-17T22:31:36Z Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc BV1460 Religious Education LB2361 Curriculum Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan pendekatan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggabungkan pengetahuan sains tentang kesihatan dan pencegahan penyakit ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Islam perlu diintegrasikan dengan ilmu moden seperti Sains supaya kekal relevan. Ini kerana pengintegrasian tersebut dapat menarik minat murid-murid serta menjadikan ilmu yang dipelajari lebih mudah untuk difahami. Hakikatnya, guru Pendidikan Islam bersedia menerima sebarang inovasi bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka. Dalam masa yang sama, terdapat banyak amalan ibadah dalam Islam dikaitkan dengan kebaikan dari sudut kesihatan menurut perspektif Sains. Namun, hingga kini belum ada modul Pendidikan Islam yang diintegrasikan dengan Sains Kesihatan. Sehubungan itu, perlu dijalankan satu kajian mengenai pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam. Fokus utama kajian ini ialah membina modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1 dan mengkaji keberkesanan penggunaan modul tersebut. Namun, secara terperincinya, terdapat enam objektif yang dirangka dalam kajian ini iaitu (1) membina modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam Tingkatan Satu, (2) mengenal pasti min markah ujian pra bagi responden kumpulan Kawalan dan Eksperimen, (3) mengenalpasti min markah ujian pasca bagi responden kumpulan Kawalan dan Eksperimen, (4) menganalisis perbezaan min markah ujian pra antara responden kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen, (5) menganalisis perbezaan min markah ujian Pasca antara responden kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen, (6) menganalisis tingkah laku minat belajar dalam kalangan peserta kumpulan Eksperimen ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Kajian ini telah menghasilkan sebuah modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu serta telah disahkan benar oleh beberapa orang pakar dalam bidang Sains Perubatan, Pendidikan dan Pengajian Islam. Bagi menguji keberkesanan penggunaan modul tersebut, kajian ini telah menggunakan reka bentuk Kuasi-Eksperimen bagi memperolehi data secara Kuantitatif. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang murid yang terdiri daripada dua buah kelas yang dipilih secara persampelan mudah di sebuah sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar iaitu seramai 25 orang murid dipilih sebagai kumpulan Kawalan dan 25 orang lagi sebagai kumpulan Eksperimen. Sebagai sokongan bagi dapatan analisis keberkesanan, kaedah pemerhatian dilaksanakan bagi mengenalpasti tingkah laku minat belajar dalam kalangan kumpulan Eksperimen dan didapati mereka melakukan beberapa tingkah laku minat belajar iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru, memberikan tindak balas yang positif kepada aktiviti pembelajaran serta melaksanakan tugasan yang diberi dengan sempurna. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu memberi kesan dalam menjadikan murid-murid lebih memahami pembelajaran yang mereka lalui. Perkara ini diharapkan dapat menjadikan murid-murid lebih berminat untuk mengamalkannya seterusnya mengurangkan masalah sosial dan masalah disiplin dalam kalangan mereka. Sehubungan itu, modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu perlu diperkenalkan kepada para guru Pendidikan Islam untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran mereka. 2021-01 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/14833/1/Mohammad_Syukor.pdf Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam (2021) Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam. PhD thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/14833/