Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif
Disertasi ini mengkaji tentang terjemahan kata kerja bahasa Jepun (BJ) kepada bahasa Melayu (BM) dalam sari kata dua buah filem animasi Jepun. Dua buah filem animasi Jepun berkenaan berjudul Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan Umi ga Kikoeru(海が聞こえる). Kajian ini bertujuan meneliti dan mengenalpasti pola va...
Saved in:
id |
my.um.stud.4596 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Malaya |
building |
UM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Malaya |
content_source |
UM Student Repository |
url_provider |
http://studentsrepo.um.edu.my/ |
topic |
PN Literature (General) |
spellingShingle |
PN Literature (General) Sharif, Sarinah Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif |
description |
Disertasi ini mengkaji tentang terjemahan kata kerja bahasa Jepun (BJ) kepada bahasa Melayu (BM) dalam sari kata dua buah filem animasi Jepun. Dua buah filem animasi Jepun berkenaan berjudul Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan Umi ga Kikoeru(海が聞こえる). Kajian ini bertujuan meneliti dan mengenalpasti pola variasi kata kerja yang terdapat dalam kapsyen bahasa Jepun (bahasa sumber) dan teks sari kata bahasa Melayu (bahasa sasaran) dengan membandingkan bentuk-bentuk morfologi dan makna kata kerja daripada kedua-dua bahasa. Perbandingan ini sekaligus bertujuan mencari perkaitan antara konjugasi kata kerja bahasa Jepun dan padanannya dalam bahasa Melayu. Disamping itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat bagaimana kata kerja bahasa Jepun diterjemahkan kepada padanan bahasa Melayu dengan mengambil kira faktor tatabahasa dan sosiolinguistik.
Sebanyak lima persoalan kajian yang telah dikemukakan untuk mencapai tujuan ini. Data kajian melibatkan sejumlah 1103 kata kerja bahasa Jepun (556 kata kerja daripada filem Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)) dan 547 kata kerja daripada filem Umi ga Kikoeru(海が聞こえる)dan 389 kata kerja bahasa Melayu (184 kata kerja daripada filem Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan 205 kata kerja daripada filem Umi ga Kikoeru(海が聞こえる)yang dikaji dan diteliti. Melalui perisian komputer Concapp Windows Application (Copyright © Chris Greaves 1993-2003) dan berdasarkan bentuk konjugasi Thaiyibah dan Kami (1997), pengkaji telah menyenarai, mengkategori dan mengenalpasti variasi dan bentuk kata kerja yang digunakan dalam kedua-dua kapsyen BJ dan sari kata BM. Berpandukan teori Padanan Dinamis Nida (1964), lima strategi Terjemahan Kata Kiasan Larson (1984) dan sepuluh Strategi
iv
Penyarikataan Gottlieb (1992), pengkaji telah mengenalpasti dengan jelas bagaimana kata kerja BJ ini diterjemahkan ke BM dan apakah ciri-ciri yang mempengaruhi dalam pemilihan padanannya.
Dapatan analisis korpus pula menunjukkan kata kerja BJ menggunakan lebih banyak variasi (bentuk kata kerja) berbanding kata kerja BM dengan jumlah kekerapan/ frekuensi penggunaan sesuatu kata kerja bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding jumlah kekerapan penggunaan kata kerja bahasa Jepun. Penggunaan bentuk konjugasi kata kerja BJ yang paling banyak ialah dalam bentuk kamus, bentuk ta dan bentuk te. Bentuk kata kerja terbitan BM yang paling banyak digunakan dalam sari kata BM ialah kata terbitan yang berakhiran {-kan}. Namun begitu, kata kerja dalam sari kata BM lebih banyak digunakan dalam bentuk kata dasar atau kata unggulan.
Sementara itu, kajian mendapati bahawa terdapat beberapa strategi terjemahan kata kerja BJ ke kata kerja BM iaitu pendekatan pemindahan, generalisasi, pemecahan/pemotongan, penambahan, ringkasan, peniruan dan pengguguran yang sering dilakukan pada tahap pemilihan leksikal dan bentuk kata kerja BM yang turut dipengaruhi oleh faktor sosiolinguistik daripada kedua-dua bahasa berdasarkan situasi konteks yang di berikan. |
format |
Thesis |
author |
Sharif, Sarinah |
author_facet |
Sharif, Sarinah |
author_sort |
Sharif, Sarinah |
title |
Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif
|
title_short |
Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif
|
title_full |
Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif
|
title_fullStr |
Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif
|
title_full_unstemmed |
Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif
|
title_sort |
terjemahan kata kerja bahasa jepun ke bahasa melayu dalam sari kata filem animasi jepun / sarinah binti sharif |
publishDate |
2014 |
url |
http://studentsrepo.um.edu.my/4596/1/ABSTRAK_dan_isi_kandungan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/2/B1%2DPengenalan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/3/B2%2DPadanan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/4/B3%2DTerjemahan_Audiovisual.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/5/B4%2DMetodologi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/6/B5%2DKata_kerja_BJ.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/7/B6%2DKata_kerja_BM.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/8/B7%2DDapatan_Kajian_I%2D_Variasi_dan_Perbandingan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/9/B8%2DDapatan_Kajian_II%2D_Strategi_Terjemahan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/10/B9%2DKesimpulan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/11/Bibliografi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/12/LAMPIRAN_A%2DMajou_no_Takyubin.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/13/LAMPIRAN_B%2DUmi_ga_kikoeru.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/14/LAMPIRAN_C.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/ |
_version_ |
1738505688843288576 |
spelling |
my.um.stud.45962015-03-10T01:57:43Z Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif Sharif, Sarinah PN Literature (General) Disertasi ini mengkaji tentang terjemahan kata kerja bahasa Jepun (BJ) kepada bahasa Melayu (BM) dalam sari kata dua buah filem animasi Jepun. Dua buah filem animasi Jepun berkenaan berjudul Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan Umi ga Kikoeru(海が聞こえる). Kajian ini bertujuan meneliti dan mengenalpasti pola variasi kata kerja yang terdapat dalam kapsyen bahasa Jepun (bahasa sumber) dan teks sari kata bahasa Melayu (bahasa sasaran) dengan membandingkan bentuk-bentuk morfologi dan makna kata kerja daripada kedua-dua bahasa. Perbandingan ini sekaligus bertujuan mencari perkaitan antara konjugasi kata kerja bahasa Jepun dan padanannya dalam bahasa Melayu. Disamping itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat bagaimana kata kerja bahasa Jepun diterjemahkan kepada padanan bahasa Melayu dengan mengambil kira faktor tatabahasa dan sosiolinguistik. Sebanyak lima persoalan kajian yang telah dikemukakan untuk mencapai tujuan ini. Data kajian melibatkan sejumlah 1103 kata kerja bahasa Jepun (556 kata kerja daripada filem Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)) dan 547 kata kerja daripada filem Umi ga Kikoeru(海が聞こえる)dan 389 kata kerja bahasa Melayu (184 kata kerja daripada filem Majo no Takkyubin (魔女の宅急便)dan 205 kata kerja daripada filem Umi ga Kikoeru(海が聞こえる)yang dikaji dan diteliti. Melalui perisian komputer Concapp Windows Application (Copyright © Chris Greaves 1993-2003) dan berdasarkan bentuk konjugasi Thaiyibah dan Kami (1997), pengkaji telah menyenarai, mengkategori dan mengenalpasti variasi dan bentuk kata kerja yang digunakan dalam kedua-dua kapsyen BJ dan sari kata BM. Berpandukan teori Padanan Dinamis Nida (1964), lima strategi Terjemahan Kata Kiasan Larson (1984) dan sepuluh Strategi iv Penyarikataan Gottlieb (1992), pengkaji telah mengenalpasti dengan jelas bagaimana kata kerja BJ ini diterjemahkan ke BM dan apakah ciri-ciri yang mempengaruhi dalam pemilihan padanannya. Dapatan analisis korpus pula menunjukkan kata kerja BJ menggunakan lebih banyak variasi (bentuk kata kerja) berbanding kata kerja BM dengan jumlah kekerapan/ frekuensi penggunaan sesuatu kata kerja bahasa Melayu adalah lebih tinggi berbanding jumlah kekerapan penggunaan kata kerja bahasa Jepun. Penggunaan bentuk konjugasi kata kerja BJ yang paling banyak ialah dalam bentuk kamus, bentuk ta dan bentuk te. Bentuk kata kerja terbitan BM yang paling banyak digunakan dalam sari kata BM ialah kata terbitan yang berakhiran {-kan}. Namun begitu, kata kerja dalam sari kata BM lebih banyak digunakan dalam bentuk kata dasar atau kata unggulan. Sementara itu, kajian mendapati bahawa terdapat beberapa strategi terjemahan kata kerja BJ ke kata kerja BM iaitu pendekatan pemindahan, generalisasi, pemecahan/pemotongan, penambahan, ringkasan, peniruan dan pengguguran yang sering dilakukan pada tahap pemilihan leksikal dan bentuk kata kerja BM yang turut dipengaruhi oleh faktor sosiolinguistik daripada kedua-dua bahasa berdasarkan situasi konteks yang di berikan. 2014 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/1/ABSTRAK_dan_isi_kandungan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/2/B1%2DPengenalan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/3/B2%2DPadanan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/4/B3%2DTerjemahan_Audiovisual.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/5/B4%2DMetodologi.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/6/B5%2DKata_kerja_BJ.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/7/B6%2DKata_kerja_BM.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/8/B7%2DDapatan_Kajian_I%2D_Variasi_dan_Perbandingan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/9/B8%2DDapatan_Kajian_II%2D_Strategi_Terjemahan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/10/B9%2DKesimpulan.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/11/Bibliografi.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/12/LAMPIRAN_A%2DMajou_no_Takyubin.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/13/LAMPIRAN_B%2DUmi_ga_kikoeru.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/4596/14/LAMPIRAN_C.pdf Sharif, Sarinah (2014) Terjemahan kata kerja bahasa Jepun ke Bahasa Melayu dalam sari kata filem animasi Jepun / Sarinah Binti Sharif. PhD thesis, University Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/4596/ |