Kaedah pembayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji oleh Lembaga Zakat Selangor / Suryani Binti Masnan

Skim Potongan Gaji (SPG) merupakan medium kutipan zakat pendapatan yang diperkenalkan oleh negeri Selangor. Fokus utama kajian ini ialah menilai sejauhmana kaedah pelaksanaan SPG menepati Islam terutamanya dari sudut sebab wajib zakat, syarat-syarat wajib zakat, dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suryani, Masnan
Format: Thesis
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5025/1/TESIS_SARJANA_SURYANI%2Dfinal2.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5025/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Skim Potongan Gaji (SPG) merupakan medium kutipan zakat pendapatan yang diperkenalkan oleh negeri Selangor. Fokus utama kajian ini ialah menilai sejauhmana kaedah pelaksanaan SPG menepati Islam terutamanya dari sudut sebab wajib zakat, syarat-syarat wajib zakat, dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat. Kaedah al-takyīf al-fiqhī digunakan untuk menentukan hukum dengan cara membuat penyelarasan antara masalah-masalah kajian dengan asal hukum yang dibincangkan dalam bab fiqah zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan SPG tidak dapat diselaraskan dengan asal hukum kerana ia tidak mematuhi sebab wajib zakat berdasarkan kepada kaedah pengukuran kepatuhan peserta SPG kepada kewajipan berzakat adalah ditentukan daripada jumlah pendapatan tahunan yang masih belum wujud sepenuhnya. Secara tidak langsung, syarat-syarat wajib zakat dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat yang lain juga kebanyakannya tidak dipatuhi. Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan diutarakan dalam kajian ini agar hak-hak pembayar zakat tidak terabai dan pelaksanaan SPG tidak terkeluar dari landasan syarak