Sumbangan Daniel Djuned (1954-2010) dalam pengajaran dan pemikiran Hadith / Ahmad Fadly Rahman Akbar
Kajian ini bertajuk tentang “Sumbangan Daniel Djuned (1954-2010) Dalam Pengajaran Dan Pemikiran Hadith”. Dalam kajian ini, pengkaji membahaskan tentang sejarah perkembangan hadith di Sumatera. Kemudian pengkaji pula membahas tentang kaedah dan kajian perkembangan hadith pada abad 19 hingga abad 20 d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5145/1/abstrak_cs_(SIAP_submit).pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/9/PENDAHULUAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/2/BAB_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/3/BAB_2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/4/BAB_3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/5/BAB_4.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/6/BAB_5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/7/bibliografi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/8/Name_pengkaji__PDF.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5145/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini bertajuk tentang “Sumbangan Daniel Djuned (1954-2010) Dalam Pengajaran Dan Pemikiran Hadith”. Dalam kajian ini, pengkaji membahaskan tentang sejarah perkembangan hadith di Sumatera. Kemudian pengkaji pula membahas tentang kaedah dan kajian perkembangan hadith pada abad 19 hingga abad 20 dalam pengajian hadith di Sumatera. Dan membahas pula tentang perkembangan pengajian hadith di institusi perguruan tinggi di Sumatera. Metodologi pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah gabungan antara kajian literatur dan lapangan. Sumber data literatur merangkumi sumber data primer dan data sekunder. Sumber data primer ialah karya-karya yang dihasilkan oleh Daniel Djuned dan pelbagai bahan pustaka lainnya yang berhubungkait secara langsung dengan subjek kajian. Adapun data sekunder iaitu pelbagai dokumen (hasil kajian) dan khazanah pustaka lainnya yang ditulis oleh penyelidik-penyelidik yang lain tentang Daniel Djuned. Manakala sumber lapangan diperolehi melalui metode temu bual dengan keluarga, murid, dan tokoh masyarakat Islam lainnya. Sedangkan untuk metode analisis data, pengkaji penggunakan kaedah induktif dan kaedah deduktif. Hasil kajian menunjukkan: Daniel Djuned telah menabur bakti amat besar dalam pengajian hadith, sama ada bentuk penulisan karya mahupun pengajarannya dan pemikirannya. Antara kitab yang beliau tulis adalah Studi Hadith: Paradigma Baru dan Rekonstruksi Fiqh Hadith dan Validitas Hadith-Hadith Riwayat Imam Syafi’Ê kajian kitab al RisÉlah. Pengajaran ilmu yang pernah dijalani oleh beliau merangkumi sistem diskusi, sistem tanya jawab, sistem pembiasan, dan sistem pengajian halaqah, sama ada di institusi formal mahupun informal. Dalam pemikirannya lebih kepada mengkaji sanad hadith, pemahamannya tentang hadith tidak parsial, adapun keaslian pemikiran Daniel Djuned memberikan perhatian yang seimbang dalam kalangan ulama ahli fiqh, misalnya al-Syafi‟Ê dan juga memberikan tempat kepada
v
kelompak al-salafÊ semisal Ibnu Taimiyah. Bermula tokoh kontemporeri iaitu Yusuf al-Qaradhawi sehingga dapat memberikan implikasi dari pemikiran Daniel Djuned, iaitu telah dapat membangun perbincangan dan terjadinya pro-kontra yang berguna untuk menggali nilai-nilai hadith yang relevan untuk keperluan pada masa sekarang ini. |
---|