Analisis sistem operasi program pembangunan ekonomi masyarakat di Baitul Qiradh Bina Insan Mandiri (BQ-BIMA) Banda Aceh, Indonesia / Junaidi
Gempa bumi dan gelombang tsunami tanggal 26 Disember 2004 telah mengakibatkan hancurnya perekonomian di Aceh. Perekonomian merupakan salah satu sektor penting yang perlu ditumbuhkan segera setelah terjadinya bencana tersebut. Salah satu institusi koperasi syariah yang mengambil peduli terhadap hal i...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5192/9/Lampiran_Bagian_Awal_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/7/DAFTAR_ISI_JUNAIDI_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/4/BAB_SATU_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/1/BAB_DUA_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/5/BAB_TIGA_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/2/BAB_EMPAT_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/3/BAB_LIMA_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/6/BIBLIOGRAFI_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/8/Lampiran_Akhir_JUNAIDI_14.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5192/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Gempa bumi dan gelombang tsunami tanggal 26 Disember 2004 telah mengakibatkan hancurnya perekonomian di Aceh. Perekonomian merupakan salah satu sektor penting yang perlu ditumbuhkan segera setelah terjadinya bencana tersebut. Salah satu institusi koperasi syariah yang mengambil peduli terhadap hal ini adalah Baitul Qiradh Bina Insan Mandiri Banda Aceh (BQ-BIMA Banda Aceh). Salah satu program penting yang dikembangkan oleh BQ-BIMA Banda Aceh adalah pemberian bantuan dana terhadap usaha kecil dan sederhana. Bantuan yang akan diberikan bermakna pinjaman dan yang termasuk sebagai penerima bantuan di dalam program ini ialah perusahaan keluarga dan pedagang kecil. Penelitian ini akan mengkaji tentang nilai syariah, pengaruh terhadap
peningkatan ekonomi, pendidikan dan perilaku hidup di dalam menjaga kesihatan.
Selepas itu, beberapa tantangan seperti cabaran-cabaran dalaman dan luaran juga dipelajari di dalam disertasi ini. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini didapati dengan menggunakan metode pendekatan kualitatif (temu bual, pengamatan dan kajian kepustakaan) dan kuantitatif (soal selidik). Selanjutnya, data yang diperolehi daripada
pendekatan kualitatif dianalisis dengan menggunakan metod induktif dan data yang diperolehi daripada pendekatan kuantitatif dianalisis dengan menggunakan metod deduktif dan deskriptif. Hasil dari analisis menunjukkan bahawa program pembangunan ekonomi masyarakat yang dilaksanakan oleh BQ-BIMA Banda Aceh bersesuaian dengan syariah Islam. Program ini juga sangat berpengaruh terhadap peningkatan
pendapatan ekonomi, peningkatan kualiti pendidikan dan meningkatnya kesedaran kesihatan. Selanjutnya, cabaran dalaman disebabkan oleh kurangnya kualiti insan.
Sedangkan cabaran luaran disebabkan oleh kurangnya pemahaman pelanggan terhadap akad syariah. Oleh itu, peneliti mencadangkan program ini bersesuaian untuk di
kembangkan dengan jenis penerima pembiayaan yang berbeza-beza, seperti petani dan pelaut. |
---|