Penguasaan kata kerja perintah Bahasa Arab dalam kalangan pelajar pra Universiti / Syakirah Rifa’in @ Mohd Rifain
Kajian ini merupakan kajian mengenai tahap penguasaan kata kerja perintah bahasa Arab dalam kalangan para pelajar pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui pengetahuan pelajar mengenai kata kerja perintah dan mengkaji penguas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5408/3/COVER_DISERTASI_DAN_SPINE.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5408/2/COVER_CD.doc http://studentsrepo.um.edu.my/5408/7/UNIVERSITI_MALAYA_HASIL_KERJA.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5408/6/PERMULAAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5408/4/DISERTASI_BAB_1%2C2%2C3%2C4%2C5.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5408/1/BIBLIOGRAFI.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5408/5/LAMPIRAN.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5408/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini merupakan kajian mengenai tahap penguasaan kata kerja perintah bahasa Arab dalam kalangan para pelajar pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui pengetahuan pelajar mengenai kata kerja perintah dan mengkaji penguasaan pelajar mengenai pembentukan kata kerja perintah dan pola kata kerja perintah serta untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar mengenai kata kerja perintah. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 50 orang pelajar daripada pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Kajian ini menggunakan borang soal selidik, ujian bertulis, dan temubual untuk mendapatkan data dan maklum balas daripada responden. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan kuantitatif yang dianalisis secara deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Program Social Science (SPSS) versi 13.0. Manakala dapatan kajian dibentangkan dengan bantuan jadual, rajah, dan carta pai. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan pelajar mengenai kata kerja perintah dan pembentukan kata kerja perintah di tahap sederhana. Manakala tahap penguasaan pelajar mengenai pola kata kerja perintah di tahap yang sangat baik. Secara keseluruhannya menunjukkan pelajar mempunyai masalah mengenai kata kerja perintah. Hasil daripada kajian ini diharap agar dapat memberikan manfaat dan panduan kepada pensyarah untuk meningkatkan penguasaan kata kerja perintah bahasa Arab dalam kalangan pelajar terutama pelajar di pra Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Di akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan dan saranan untuk para pelajar supaya dapat menguasai kata kerja perintah bahasa Arab. |
---|