Pemahaman murid tahun lima tentang luas segi empat / Manivannan Subramaniam
Pengetahuan geometri dan ruang penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman murid Tahun Lima tentang luas segi empat dan cara mereka menggunakan pemahaman tersebut...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/7878/1/All.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/7878/28/manivannan.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/7878/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Pengetahuan geometri dan ruang penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu,
mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan mempelajari topik tersebut. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman murid Tahun Lima tentang luas segi
empat dan cara mereka menggunakan pemahaman tersebut untuk menyelesaikan masalah
yang membabitkan luas segi empat. Kajian kes ini melibatkan lima orang murid Tahun
Lima dari sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak yang dipilih melalui kaedah pensampelan
bertujuan. Konstruktivisme radikal digunakan sebagai teori latar belakang, manakala data
kajian pula dikumpulkan melalui tujuh sesi temu duga klinikal yang dirakamkan dalam
video bagi setiap murid. Kajian ini mendapati murid menggunakan dua idea utama untuk
memberi makna kepada luas segi empat, iaitu idea kuantiti dan pengukuran jarak atau
panjang sisi. Idea kuantiti digunakan dalam pengukuran yang melibatkan alat berdimensi
satu, dua, atau tiga dalam bilangan yang tertentu, manakala idea pengukuran jarak atau
panjang sisi pula digunakan dalam pengukuran luas rajah segi empat apabila alat
pengukuran berdimensi satu, dua, atau tiga diberi atau tidak diberikan. Seterusnya, kajian
ini mendapati murid menggunakan tiga idea untuk memberi makna kepada penyelesaian
masalah yang membabitkan luas segi empat dalam situasi yang berbeza, iaitu idea
pengukuran panjang sisi bagi segi empat, idea pengukuran titik, dan idea bilangan sisi.
Idea pertama digunakan dalam menyelesaikan masalah yang membabitkan luas rajah segi
empat, manakala idea yang lain pula digunakan untuk mengenal pasti rajah luas terbesar.
Murid dalam kajian ini menggunakan ukuran panjang sisi dalam unit cm untuk
mendapatkan perimeter dan luas rajah segi empat serta isi padu objek kuboid. Hasil
kajian ini juga menunjukkan bahawa murid belum berupaya menentukan ciri persamaan
iv
dan perbezaan antara alat pengukuran berdimensi satu, dua, atau tiga serta manipulasi alat
pengukuran dengan cara yang betul bagi menentukan perimeter dan luas rajah segi empat
serta isi padu objek kuboid. Malah, mereka kurang mempunyai pemahaman yang jelas
tentang cara untuk menentukan perimeter dan luas rajah segi empat serta isi padu objek
kuboid. Justeru, kajian lanjut adalah wajar untuk menjelaskan sama ada pemahaman
murid tentang luas segi empat berkembang secara kognitif daripada peringkat rendah dan
konkrit kepada peringkat yang lebih tinggi dan abstrak. Pengajaran bilik darjah pula
harus berorientasikan kemahiran, pengetahuan prosedur, dan konseptual bagi membantu
murid meneliti, membuat inkuiri, mengamati, dan memperkukuh pemahaman mereka
tentang luas segi empat. |
---|