Kesan modul latihan kompetensi terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri kaunselor pelatih / Azad Athahiri Anuar
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya bagi mengkaji kesannya terhadap kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan efikasi kendiri dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti awam Malaysia. Gabungan prosedur pembinaan modul oleh Sidek (...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9274/2/Azad_Athahiri.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9274/7/azad.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9274/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul latihan kompetensi
kaunseling pelbagai budaya bagi mengkaji kesannya terhadap kompetensi kaunseling
pelbagai budaya dan efikasi kendiri dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti
awam Malaysia. Gabungan prosedur pembinaan modul oleh Sidek (2001) dan
ADDIE (Gustafson & Branch, 2007) telah digunakan dalam membangunkan modul
latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya berdasarkan model kompetensi
kaunseling pelbagai budaya oleh Sue dan rakan-rakan (1992). Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian eksperimental kuasi (Quasi experimental) untuk
menilai kesan modul latihan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Kajian
eksperimental ini melibatkan seramai enam puluh orang kaunselor pelatih yang
dipilih secara rawak dari tiga buah universiti awam. Tiga puluh kaunselor pelatih
mewakili kumpulan rawatan dan tiga puluh mewakili kumpulan kawalan. Subjek
kajian menjalani ujian pra dan pasca bagi melihat kesan modul latihan kompetensi
kaunseling pelbagai budaya. Manakala ujian pasca lanjutan turut dijalankan selepas
sebulan berakhirnya rawatan untuk melihat kesan jangka panjang modul latihan
kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Alat ukur Multicultural Awareness,
Knowledge, and Skills Survey-Counselor Edition-Revised (MAKSS-CE-R: Kim et
al., 2003) digunakan untuk menilai kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan alat
ukur Counselor Activity Self-Efficacy Scales (CASES: Lent et al., 2003) telah
digunakan untuk menilai efikasi kendiri subjek. Kaedah statistik ujian t tidak
bersandar digunakan bagi menilai perbezaan antara kumpulan rawatan dan kawalan.
Ujian t bersandar pula digunakan untuk menilai perbezaan antara ujian pasca dan |
---|