Laman web undang-undang siber / Tajul Arifin Abd.Manan

Kertas kerja yang dihasilkan ini memberikan penerangan yang lengkap mengenai pembinaan dan pembangunan sebuah laman web yang dinamakan laman web undang-undang siber. Laman ini merupakan laman web yang pertama yang akan membentangkan secara terperinci mengenai Undang-undang Siber. Projek yang dibangu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tajul Arifin , Abd.Manan
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9845/1/Tajul_Arifin_Abd.Manan_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9845/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Kertas kerja yang dihasilkan ini memberikan penerangan yang lengkap mengenai pembinaan dan pembangunan sebuah laman web yang dinamakan laman web undang-undang siber. Laman ini merupakan laman web yang pertama yang akan membentangkan secara terperinci mengenai Undang-undang Siber. Projek yang dibangunkan ini adalah untuk memberi pendedahan dan menyampaikan mak.lumat terperinci kepada pengguna internet mengenai undang-undang siber di Malaysia. Laman web ini mempunyai pengenalan dan objektif pembangunan laman web, Aleta Tandatangan Digital, Akta Hak Cipta, Akta Teleperubatan, Akta Jenayah Komputer dan Akta Komunikasi clan Multimedia. Laman ini juga mempunyai menu pentadbir untuk menjadikan laman ini sebuah laman web dinamik. Pembangunan laman web Undang-undang Siber ini akan terbahagi kepada 2, iaitu ciri-ciri sistem dan sasaran pengguna. Ciri-ciri sistem adalah seperti pengenalan dan penerangan terperinci kepada akta-akta yang telah disebutkan. Manakala sasaran pengguna laman web ini adalah kepada semua pengguna komputer dan pengguna internet. Laman web ini juga menyediakan kemudahan capaian ke laman-laman web yang berkaitan dengan undang-undang siber. Perisian yang digunakan dalam pembangunan laman web ini ialah Netscape Navigator 4.0, Active Server Pages, Microsoft Frontpage 98 dan Adobe Photoshop 5.0. Manakala rekebentuk laman web pula dibina secara ringkas tetapi menarik. Lanya adalah untuk menarik minat pengguna agar menjelajah ke seluruh laman web ini.