Tradisi Memasak Bubur Asyura Sebagai Makanan Warisan Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Di Kampung Tanah Merah, Jitra, Kedah.
Bubur Asyura merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Islam yang kebiasaannya dimasak pada 10 Muharram mengikut kalender Islam. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan rasa kesyukuran dan menghormati peristiwa penting yang telah terjadi dalam kisah Nabi Musa a.s dan Nuh a.s. Lazimnya, tradisi mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Language: | Malay |
Published: |
2024
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14170/1/Shamimi%20Binti%20Shoid.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/14170/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Language: | Malay |
Summary: | Bubur Asyura merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat Islam yang kebiasaannya dimasak pada 10 Muharram mengikut kalender Islam. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan rasa kesyukuran dan menghormati peristiwa penting yang telah terjadi dalam kisah Nabi Musa a.s dan Nuh a.s. Lazimnya, tradisi memasak Bubur Asyura sering dilakukan secara beramai-ramai oleh penduduk kampung ataupun saudara - mara terdekat. Namun, disebabkan arus permodenan tradisi ini dilihat sudah semakin kurang dilaksanakan oleh masyarakat dan terdapat juga generasi muda sudah tidak mengenal makanan tradisi Bubur Asyura ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk memastikan tradisi memasak Bubur Asyura secara beramai - ramai semasa bulan Muharram perlu diteruskan bagi mengekalkan tradisi dan warisan masyarakat yang beragama Islam. Kajian ini mengandungi tiga objektif utama: mengenal pasti kepentingan tradisi memasak Bubur Asyura dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Tanah Merah, Jitra, Kedah; mengkaji langkah yang perlu diambil dalam mengekalkan resepi dan cara memasak Bubur Asyura sebagai makanan warisan di negeri Kedah; menganalisis cara tradisi memasak Bubur Asyura diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya di kalangan masyarakat Melayu di Kampung Tanah Merah, Jitra, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran, dengan 114 responden melalui kaedah tinjauan dan lima informan dari kaedah temu bual dan pemerhatian. Semua data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik dan analisis deskriptif. Kajian ini mendapati beberapa tema yang diekstrak daripada data kajian adalah: pemahaman masyarakat mengenai Bubur Asyura, kepentingan tradisi memasak Bubur Asyura dalam kalangan masyarakat kampung, langkah yang perlu diambil dalam usaha mengekalkan tradisi memasak Bubur Asyura dan cara tradisi ini diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Kesimpulannya, kajian ini penting dalam usaha untuk mengekalkan dan mewarisi resepi dan cara memasak Bubur Asyura kepada generasi muda. |
---|