Masalah etika di Pusat Rawatan Pesakit Mental : satu kajian pemerhatian langsung (Direct Observation)

Skizofrenia merupakan keadaan gangguan mental atau emosi yang dialami oleh seseorang. Ciri khas penyakit ini adalah pesakit akan kehilangan tahap kesedaran dan mengalami perubahan personaliti. Selain itu, pesakit biasanya menghadapi keadaan yang tidak logik seperti mendengar suara, berilusi, dan gan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yohan Kurniawan, Thana Abdullah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9013/1/Paper%20%207.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9013/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Language: English
Description
Summary:Skizofrenia merupakan keadaan gangguan mental atau emosi yang dialami oleh seseorang. Ciri khas penyakit ini adalah pesakit akan kehilangan tahap kesedaran dan mengalami perubahan personaliti. Selain itu, pesakit biasanya menghadapi keadaan yang tidak logik seperti mendengar suara, berilusi, dan gangguan emosi. Setakat ini kualiti rawatan pesakit Skizofrenia telah bertambah baik, akan tetapi keadaan pesakit tidak menunjukkan perubahan selari. Oleh itu etika dan pengamal perubatan tertarik untuk melihat lebih dekat bagaimana pesakit-pesakit Skizofrenia mendapatkan rawatan. Salah satu isu menarik dan penting untuk dibincangkan adalah etika dalam merawat para pesakit Skizofrenia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelanggaran etika di Pusat Rawatan Skizofrenia: "AdiTama" di Bandar Gresik, Jawa Timur, Indonesia. Penyelidikan menggunakan kaedah pemerhatian langsung, seramai 9 orang kakitangan pusat yang terlibat; 4 kakitangan perubatan, 5 kakitangan sokongan dan 15 pesakit yang menderita Skizofrenia. Para pesakit yang terlibat dalam kajian ini adalah pesakit yang pernah menjalani rawatan di hospital sakit mental, tetapi belum pulih sepenuhnya. Kajian menunjukkan terdapat beberapa pelanggaran etika di pusat rawatan iaitu kakitangan (kakitangan perubatan dan sokongan) memandang rendah terhadap pesakit, menjadikan pesakit bahan “permainan”, serta “mendera” mereka secara lisan dan fizikal. Kakitangan di pusat rawatan tersebut mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang berbeza-beza, dan hanya seorang daripada mereka mempunyai pengalaman bekerja di hospital mental sebagai jururawat. Kajian ini menyimpulkan bahawa pelanggaran etika terjadi kerana kekurangan kesedaran dan pemahaman mengenai etika dalam merawat pesakit mental