Penyelewengan Fakta Mengenai Femonena Falak; Keperluan Penyelidikan Tematik Ḥadīth Berkaitan Objek Selestial Di Dalam Al-Kutub Al-Sittah
Perkembangan ilmu falak telah direkod sejak awal kemunculan Tamadun Islām. Secara etimologinya, falak berasal daripada perkataan Sumerian iaitu ‘pilak’ yang membawa maksud objek yang berputar, biasanya di langit (Encyclopedia of Islām, 1983). Walaupun sistem pendidikan pra-kemerdekaan di negara kita...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14704/1/PENYELEWENGAN%20FAKTA%20FALAK%20KEPERLUAN%20KAJIAN%20TEMATIK%20HADITH%20JASAD%20SAMAWI.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14704/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Pahang |
Language: | English |
Summary: | Perkembangan ilmu falak telah direkod sejak awal kemunculan Tamadun Islām. Secara etimologinya, falak berasal daripada perkataan Sumerian iaitu ‘pilak’ yang membawa maksud objek yang berputar, biasanya di langit (Encyclopedia of Islām, 1983). Walaupun sistem pendidikan pra-kemerdekaan di negara kita telah didominasi oleh sains Eropah sehingga memencilkan etnosains dan Islām, ilmu tersebut kini semakin menjadi tumpuan dalam kalangan akademia (Baharrudin, iii:2009). Dewasa ini, ilmu falak mendapat sambutan masyarakat sama ada menerusi kegiatan astronomi amatur, profesional dan juga penyelidikan akademik. Pun demikian, perkembangan itu dicemari dengan beberapa keliruan terhadap fenomena astronomi dalam kalangan masyarakat, seperti teori heliosentrik dan geosentrik, perubahan kutub bumi dan waktu maghrib sebenar (Raihana, 254:2014). Contohnya, dakwaan yang matahari akan terbit daripada Barat, kononnya hasil kajian NASA. Ironinya, sebahagian penyelewengan itu disandarkan dengan ḥadīth berkaitan objek selestial, bagi tujuan memperkukuh dakwaan. Konsteks Ḥadīth yang menyebut objek-objek selestial, seperti qamar, shams, kawākib dan burūj juga telah diseleweng. Justeru, kertas penyelidikan ini ditulis dengan mensasarkan objektif memberikan pencerahan terhadap kepentingan kajian preliminari tematik terhadap ḥadīth berkaitan objek selestial di dalam al-kutub al-sittah bagi menyusun elemen kontesktual kefahaman Ḥadīth tersebut di dalam isu-isu astronomi. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kuantitatif ringkas diaplikasikan bagi mendapatkan frekuensi penggunaan objek selestial di dalam al-kutub al-sittah, disusuli dengan analisis tekstual terhadap pola tema ḥadīth berkaitan berasaskan teori kualitatif tematik Boyatzis (1998). Penyelidikan ini mencadangkan kepentingan untuk penyelidikan tematik mengenai ḥadīth berkaitan objek selestial bagi menjawab kekeliruan yang timbul di sebalik fenomena astronomi yang berlaku dalam masyarakat.
|
---|