Penilaian kelayakan asnaf fakir dan miskin berdasarkan had kifayah
Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asas yang menjadi keperluan asasi bagi setiap individu mengambil kira maqasid al syariah bagi memelihara maslahah hifz din (memelihara agama), hifz aql ( memelihara...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Pahang
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26615/1/Penilaian%20kelayakan%20asnaf%20fakir.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26615/ http://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/1811 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Pahang |
Language: | English |
Summary: | Had kifayah adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas diri dan tanggungannya. Keperluan asas yang menjadi keperluan asasi bagi setiap individu mengambil kira maqasid al syariah bagi memelihara maslahah hifz din (memelihara agama), hifz aql ( memelihara akal), hifz nafs (memelihara nyawa), hifz mal (memelihara harga) dan hifz nasl (memelihara keturunan). Elemen atau item bagi pengukuran Had Kifayah asnaf fakir dan miskin ialah keperluan makanan, kediaman, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan (JAWHAR, 2009). Penggunaan kaedah Had Kifayah dalam menentukan keperluan secara daruriyyah bagi setiap individu adalah kaedah bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima zakat dan tidak ada asnaf yang sepatutnya mendapat agihan zakat akan tercicir. Ketidak seragaman dalam penentuan kadar dan penilaian Had Kifayah ini juga disebabkan oleh penggunaan metode dan agensi penyelidikan yang berbeza dalam membuat kajian dan penyelidikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Agensi Mengurus Zakat Negeri (AMZ). Kaedah yang diguna pakai dalam kajian Had Kifayah adalah berdasarkan kepada keperluan asasi secara sederhana atau daruriyyah dan hajiyyah. Metod kajian dan penilaian Had Kifayah dan pengukuran miskin dan miskin tegar yang digunakan oleh MAIN adalah berbeza dengan yang digunapakai oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). |
---|