Tahap kesediaan guru pendidikan Islam dalam pentaksiran bagi dokumen standard kurikulum dan pentaksiran

Umum mengetahui bahawa pentaksiran dalam kurikulum adalah merupakan pakej pelengkap dalam model pengajaran dan pemudahcaraan dan merupakan faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Selain dari memberi impak terhadap perkembangan kemenjadian muri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Artika Rasul, Sulaiman
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30322/1/Tahap%20kesediaan%20guru%20pendidikan%20islam%20dalam%20pentaksiran%20bagi%20dokumen.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30322/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Pahang
Language: English
Description
Summary:Umum mengetahui bahawa pentaksiran dalam kurikulum adalah merupakan pakej pelengkap dalam model pengajaran dan pemudahcaraan dan merupakan faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Selain dari memberi impak terhadap perkembangan kemenjadian murid ia juga mampu menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri dan ia adalah sesuatu yang boleh diukur. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert. Kajian ini mengaplikasikan perkembangan diri melalui inkuari diri sendiri dan hubungannya dengan orang lain. Dengan kata lain dapatan ini akan memberi gambaran terhadap penglibatan serta pertalian antara gaya hidup, persepsi dan tingkah laku individu (guru) dengan sosial masyarakat (sekolah). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan akhir kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah tinggi dengan nilai purata min adalah 3.874 (SP=0.586). Kenyataan ini juga disokong dengan keseluruhan penyataan terhadap persepsi model dokumen tersebut iaitu dengan nilai min 3.947 (SP=0. 0.597), tahap kemahiran 3.801 (SP=0.591), tahap kepuasan 3.874 (SP=0.568) dan tahap kesediaan 3.886 (0.673). Jika diperincikan melalui dapatan data personal, kajian mendapati terdapat 3.11 peratus guru yang berada di nilai min yang rendah dan 17.5 peratus berada di nilai min yang sederhana. Walau bagaimanapun di akhir kajian ini terdapat beberapa cadangan yang diketengahkan bagi membantu mengatasi masalah jurang perbezaan dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam.