Peranan agen sosialisasi ibu bapa terhadap pengetahuan politik mahasiswa Melayu di universiti awam

Had umur minimum kelayakan pengundi diturunkan kepada usia 18 tahun dan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU telah menjadi tanggungjawab besar negara untuk mempersiapkan golongan muda menjadi pengundi yang matang. Sebahagian mereka ini terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti. Siap siaga mahasiswa ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazli, Mamat, Rahimi, Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2022
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34951/1/The%20influence%20of%20parental%20socialization%20agents.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/34951/
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i1.7641
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i1.7641
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Pahang
Language: English
Description
Summary:Had umur minimum kelayakan pengundi diturunkan kepada usia 18 tahun dan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU telah menjadi tanggungjawab besar negara untuk mempersiapkan golongan muda menjadi pengundi yang matang. Sebahagian mereka ini terdiri dalam kalangan mahasiswa universiti. Siap siaga mahasiswa yang berpengetahuan sebagai pengundi dalam pilihan raya berkait rapat dengan proses sosialisasi yang dilalui oleh mereka. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan tahap pengetahuan mahasiswa serta peranan ibu bapa sebagai agen sosialisasi politik terawal dan berstruktur dalam menyumbang kepada pengetahuan politik mahasiswa. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah mahasiswa berbangsa Melayu di empat buah Universiti Awam terpilih sekitar Lembah Klang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data kajian diperoleh melalui borang soal selidik yang dikumpul semasa tinjauan dilakukan di lapangan. Sampel kajian terdiri daripada 441 orang responden mahasisiwa Melayu yang dipilih berdasarkan pensampelan berstrata dan persampelan mudah. Hasil kajian mendapati pengetahuan politik responden mahasiswa bukanlah diperolehi daripada agen ibu bapa secara langsung walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang aspek politik. Oleh itu, mahasiswa ini mendapat pengetahuan khususnya berkaitan politik adalah daripada agen sosialisasi lain namun aspek nilai dan kepercayaan yang disosialisasikan oleh ibu bapa tetap menjadi pertimbangan dan rujukan mereka kerana ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang lebih stabil berbanding agen sosialisasi lain.