Regenerasi pucuk padi Bukit Sabah (Tadong) dari kalus

Dalam kajian ini, biji benih padi Tadong yang digunakan sebagai eksplan telah dikultur pada media pengaruhan kalus berasaskan media N6 dengan rawatan hormon pengawalatur 2,4-0 yang berbeza iaitu lmg/L, 2mg/L, 3mg/L dan 4mg/L. Setelah lima minggu berada dalam media pengaruhan, kalus yang terbentuk di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jane Justin
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14633/1/ae0000003052.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14633/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Dalam kajian ini, biji benih padi Tadong yang digunakan sebagai eksplan telah dikultur pada media pengaruhan kalus berasaskan media N6 dengan rawatan hormon pengawalatur 2,4-0 yang berbeza iaitu lmg/L, 2mg/L, 3mg/L dan 4mg/L. Setelah lima minggu berada dalam media pengaruhan, kalus yang terbentuk dipindahkan pada media regenerasi MS dengan kepekatan hormon pengawalatur TDZ yang berbeza iaitu 1mg/L, 2mg/L, 3mg/L dan 4mg/L. Dalam pengaruhan kalus, kajian mendapati bahawa biji benih yang dikultur di atas media N6 dengan kepekatan 3mg/L 2,4-0 menunjukkan peratusan tertinggi bagi eksplan menghasilkan kalus iaitu 93.8%, diikuti media pengaruhan dengan kepekatan 2mg/L 2,4-0 iaitu 92.4%. Oalam regenerasi pucuk pula, kajian mendapati bahawa tompokan hijau pada permukaan kalus muncul terlebih dahulu sebelum pucuk terhasil. Kalus yang diaruh pada media berkepekatan 1mg/L 2,4-0 dan 2mg/L 2,4-0 dan dipindahkan pada media regenerasi dengan rawatan 2mg/L TDZ dan 3mg/L TDZ menunjukkan peratusan pembentukan tompokan hijau pada permukaan kalus yang tertinggi iaitu masing-masing dengan 75%. Untuk penghasilan pucuk pula, kalus yang diaruh pada media N6 berkepekatan 1mg/L 2,4-0 dan dipindahkan ke atas media regenerasi 1mg/L TDZ, 2mg/L TDZ dan 3mg/L TDZ mempunyai peratusan pembentukan pucuk yang tertinggi iaitu 12.5%. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kalus yang diaruh pada media berkepekatan 2mg/L 2,4-0 dan dipindahkan ke atas media regenerasi 3mg/L TDZ mempunyai peratusan pembentukan akar tertinggi iaitu 80.6%.