Kesan baja NPK ke atas pertumbuhan dan hasil cili (Capsicum annum L.) menggunakan sistem fertigasi

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan baja NPK terhadap pertumbuhan dan hasil cili secara fertigasi. Varieti cili yang digunakan adalah Kulai King. Kajian ini dijalankan di bawah rumah lindungan hujan selama 13 minggu di Makmal Ladang SPL, Universiti Malaysia Sabah. Tiga jen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman Mohammad
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17015/1/Kesan_baja_NPK_ke_atas_pertumbuhan_dan_hasil_cili.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17015/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan baja NPK terhadap pertumbuhan dan hasil cili secara fertigasi. Varieti cili yang digunakan adalah Kulai King. Kajian ini dijalankan di bawah rumah lindungan hujan selama 13 minggu di Makmal Ladang SPL, Universiti Malaysia Sabah. Tiga jenis rawatan yang digunakan dalam kajian ini iaitu baja sebatian NPK kuning, baja sebatian NPK Hijau dan baja fertigasi formulasi cooper sebagai kawalan. Benih cili disemai selama empat minggu di dalam bekas semaian sebelum dipindahkan ke ladang. Parameter yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan tanaman cili adalah ketinggian pokok, bilangan daun, luas permukaan daun, berat basah dan berat kering pokok manakala untuk hasil cili adalah bilangan dan purata berat buah cili. Ketiga-tiga rawatan yang digunakan menunjukkan tindak balas yang berbeza keatas parameter-parameter yang berkaitan. Rawatan baja fertigasi menunjukkan kesan yang paling baik tehadap pertumbuhan berbanding dengan rawatan yang lain. Penuaian dilakukan pada hari ke 45 selepas pemindahan ke ladang, rawatan baja NPK Hijau menunjukkan penghasilan buah yang tertinggi berbanding rawatan yang lain. Berat basah dan berat kering pokok yang paling maksimum ditunjukkan oleh rawatan baja fertigasi manakala yang paling minimum adalah rawatan NPK Kuning. Penggunaan baja sebatian NPK Hijau secara fertigasi adalah ekanomik dan mempunyai patensi untuk digunakan bagi mendapatkan hasil cili yang lebih baik. Kaedah fertigasi mempunyai banyak kelebihan dan berupaya meningkatkan keberkesanan penggunaan nutrien pada tanaman. Kajian yang berterusan terhadap pemilihan baja biasa (bukan baja fertigasi) dengan mengambil kira aspek kos perlu dilakukan untuk memastikan kaedah fertigasi dapat dipraktikkan sepenuhnya.