Hubungan antara amalan kepimpinan strategik dan kepimpinan transformasi pengetua dengan sekolah

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan di Sabah. Sejumlah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Justin Ingin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17504/1/Hubungan%20antara%20amalan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17504/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan di Sabah. Sejumlah 251 orang responden (guru-guru), sampel dari 16 buah sekolah menengah di bawah PPG Sanclakan, terlibat dalam kajian ini. instrumen utama pengumpulan data merupakan soal selidik yang mengandungi 40 item bertujuan mendapatkan respon tentang kepimpinan strategik, kepimpinan transformasi dan sekolah berkesan. Tiga hipotesis telah dikemukakan dalam kajian ini dan telah diuji dengan statistik inferensi menggunakan korelasi Pearson dan regresi dengan paras signifikan p<0.05 Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah berkesan. Analisis regresi menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi pengetua lebih banyak menyumbang (lebih berpengaruh) kepada sekolah berkesan berbanding dengan kepimpinan strategik. Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan juga telah dipersembahkan.