Elemen estetika dalam reka bentuk motif pakaian tradisional masyarakat Rungus di Sabah
Busana (pakaian) tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Bagaimanapun, nilainilai budaya dan amalan tradisi didapati semakin terhakis kerana fenomena kehidupan moden. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan pengetahua...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27035/1/Elemen%20estetika%20dalam%20reka%20bentuk%20motif%20pakaian%20tradisional%20masyarakat%20Rungus%20di%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27035/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English |
Summary: | Busana (pakaian) tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Bagaimanapun, nilainilai
budaya dan amalan tradisi didapati semakin terhakis kerana fenomena kehidupan moden. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan pengetahuan dan amalan budaya busana atau pakaian tradisional dalam kalangan generasi muda.
Busana tradisional kaum lelaki Rungus dikenali sebagai badu’-masap dalam upacara ritual dan pakaian mogah bagi kumpulan penari. Busana tradisional kaum
perempuan pula terdiri daripada pakaian banat-tapi’ dalam upacara ritual dan
pakaian sukolob untuk pakaian harian. Kajian ini ditumpukan pada pakaian badu’-
masap dan banat-tapi’. Kajian busana ini akan menganalisis elemen estetika dari
segi reka bentuk dan motif yang dipaparkan. Data-data penyelidikan ini diperolehi
melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan
rakaman audio visual. Manakala analisis kajian pula meggunakan pendekatan
estetika yang diperkenalkan oleh Monroe Beardsley dan Thomas Aquinas.
Pendekatan estetika ini merumuskan elemen harmoni, kesatuan dan imbangan
sebagai indikator yang penting. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam busana
tradisional masyarakat Rungus dapat dikategorikan berdasarkan reka bentuk motif
organik dan geometri. Seterusnya, elemen estetika didominasi oleh unsur flora,
fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif busana tradisional dapat
dikaitkan dengan aktiviti kehidupan masyarakat Rungus. |
---|