Imbuhan Awalan Kata Kerja /ang-/ Bahasa Bajau Pulau Tabak-tabak Semporna
Imbuhan awalan kata kerja merupakan salah satu elemen di dalam bahasa. Kertas ini diusahakan untuk membincangkan aspek imbuhan awalan kata kerja bahasa Bajau yang dituturkan di Pulau Tabak-Tabak, Semporna sahaja. Memandangkan terdapat banyak variasi pertuturan dialek Bajau di timur Sabah, maka tumpu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Pusat Penataran Ilmu Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27346/1/Imbuhan%20Awalan%20Kata%20Kerja.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27346/2/Imbuhan%20Awalan%20Kata%20Kerja1.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27346/ https://drive.google.com/file/d/14r8p7XBJCXXyGbFmkKZj-9MIi6S-pWzv/view |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Imbuhan awalan kata kerja merupakan salah satu elemen di dalam bahasa. Kertas ini diusahakan untuk membincangkan aspek imbuhan awalan kata kerja bahasa Bajau yang dituturkan di Pulau Tabak-Tabak, Semporna sahaja. Memandangkan terdapat banyak variasi pertuturan dialek Bajau di timur Sabah, maka tumpuan perbincangan diberi kepada kelompok penutur di pulau ini kerana diandaikan penutur dialek Bajau di pulau ini masih belum dipengaruhi oleh bahasa Melayu. Data bahasa dianalisis berasakan kata asas, rumus dan penggunaan ayat-ayat mudah yang menggunakan imbuhan awalan kata kerja. Kertas ini memfokuskan dan menghuraikan proses pembentukan imbuhan awalan kata kerja /ang-/ bertujuan untuk mendalami pemahaman terhadap penggunaan imbuhan melalui contoh asas, rumus dan penggunaan ayat mudah. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif, yakni data yang dirakam, ditranskripsi dan dianalisis untuk proses pengenalpastian imbuhan kata kerja /ang-/. Data diperoleh melalui temu bual tidak berfokus melibatkan seramai 5 responden telah ditemu bual yang mengambil masa selama satu bulan. Hasil analisis mendapati bahawa pembentukan kata kerja terbitan dapat dilihat menerusi proses pengimbuhan dan dalam kertas ini difokuskan kepada imbuhan /ang-/ sahaja. Memandangkan kurangnya kajian terhadap pembentukan imbuhan kata kerja, maka pelanjutan kajian ini perlu dilakukan agar para pendukung bahasa ini mengetahui keunikan yang terdapat dalam dialek yang mereka tuturkan. |
---|