Fantasi atau realiti: transformasi RTM ke arah penyiaran radio digital

Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan transformasi industri radio di Radio Televisyen Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen kajian; (1) Pembangunan dan Perkembangan Penyiaran Radio Digital di Malaysia: Satu Kajian Kes di Radio Televis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Intan Soliha Ibrahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Faculty of Humanities, Arts & Heritage 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30413/1/Fantasi%20atau%20realiti.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30413/2/Fantasi%20atau%20realiti1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30413/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/3249
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan transformasi industri radio di Radio Televisyen Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen kajian; (1) Pembangunan dan Perkembangan Penyiaran Radio Digital di Malaysia: Satu Kajian Kes di Radio Televisyen Malaysia; dan (2) Analisis Implikasi Perkembangan Industri Radio dari Era Penyiaran Konvensional ke Era Penyiaran Digital: 1996-2016.Transformasi penyiaran radio konvensional global tidak terhasil secara sendiri. Ia terhasil daripada fenomena digitalisasi dan dibentuk oleh senario industri media. Senario industri media mempunyai hubungan yang signifikan dengan ekonomi dan politik sesebuah negara. Setiap perubahan yang berlaku terhadap penyiaran radio dibuat adalah berasaskan kepada dasar dan perancangan sesebuah negara. Perancangan pendigitalan industri radio di Malaysia telah dimulakan seawal tahun 1997 oleh Radio Televisyen Malaysia. Langkah tersebut diambil selaras dengan Dasar Telekomunikasi Negara dan Dasar Pembangunan Nasional. Bagaimanapun, terdapat jurang pendigitalan yang ketara antara badan penyiaran nasional dan swasta. Hasil analisis mendapati bahawa badan penyiaran nasional itu mempunyai visi dan misi yang jelas mengenai pendigitalan radio, namun pelaksanaan kepada perancangan tersebut berhadapan dengan pelbagai kekangan dan cabaran. Ia menjadikan usaha pendigitalan radio free-to-air di Malaysia sebagai sesuatu yang tidak pasti.