Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi kursus UL03302 kelestarian dan dokumentasi bahasa

Pembelajaran kursus baharu yang memfokuskan kepada kelestarian dan dokumentasi bahasa dalam kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) amat penting. Oleh yang demikian, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif liberal UL0...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wong, Jane Kong Ling, Mohd Juhar Harun
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: IPG Kampus Kent 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32411/1/Keberkesanan%20proses%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20secara%20dalam%20talian%20bagi%20kursus%20UL03302%20kelestarian%20dan%20dokumentasi%20bahasa.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32411/2/Keberkesanan%20proses%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20secara%20dalam%20talian%20bagi%20kursus%20UL03302%20kelestarian%20dan%20dokumentasi%20bahasa.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32411/
http://ipkent.edu.my/spip/dokumen/prospip21.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Pembelajaran kursus baharu yang memfokuskan kepada kelestarian dan dokumentasi bahasa dalam kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) amat penting. Oleh yang demikian, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif liberal UL03302 Kelestarian dan Dokumentasi Bahasa bermula pada semester satu sesi 2020/2021. Oleh disebabkan keadaan pandemik Covid-19 di seluruh negara, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) diadakan sepenuhnya secara dalam talian kepada para pelajar yang memilih kursus ini. Proses PdP menggunakan platform aplikasi dalam talian atau teknologi digital. Oleh yang demikian, menyedari fenomena proses PdP kursus baharu ini berubah secara drastik mengikut keperluan dan keadaan semasa, satu penulisan dilakukan khusus bagi membincangkan tentang keberkesanan proses PdP secara atas talian kepada pelajar yang mengambil kursus kelestarian dan dokumentasi bahasa yang baharu ditawarkan di PPIB. Objektif penulisan ini adalah untuk meneliti keberkesanan cara PdP subjek baharu yang ditawarkan dan tahap ketersampaian serta kefahaman pelajar sepanjang proses PdP tersebut diadakan secara dalam talian. Analisis hasil dapatan kajian akan dibincangkan berdasarkan proses gerak kerja PdP yang diadakan sepanjang empat belas minggu kuliah, maklum balas survey dari semasa ke semasa dan melalui maklum balas borang PK07 serta keputusan gred keseluruhan pelajar bagi peperiksaan akhir semester pertama sesi 2020/2021 kursus kelestarian dan dokumentasi bahasa.