Sejarah adat istiadat perkahwinan kaum Dusun Ranau 1991-2016

Adat perkahwinan merupakan salah satu amalan yang ada diamalkan oleh suluruh kaum masyarakat di dunia. Setiap kaum mempunyai ciri dan cara pelaksanaan adat istiadat mereka yang tersendiri. Pelaksanaan adat istiadat perkahwinan ini lazimnya berhubungkait dengan kepercayaan dan cara hidup tradisional...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Syariz Joemadi
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35459/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35459/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35459/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Adat perkahwinan merupakan salah satu amalan yang ada diamalkan oleh suluruh kaum masyarakat di dunia. Setiap kaum mempunyai ciri dan cara pelaksanaan adat istiadat mereka yang tersendiri. Pelaksanaan adat istiadat perkahwinan ini lazimnya berhubungkait dengan kepercayaan dan cara hidup tradisional mereka. Kajian ini adalah berkenaan dengan sejarah adat istiadat perkahwinan kaum Dusun Ranau. Terdapat dua tujuan utama dalam melakukan kajian ini. Pertama adalah untuk mengetahui corak pelaksanaan adat istiadat perkahwinan kaum Dusun tradisional serta perubahan yang berlaku terhadap ciri dan cara pelaksanaan adat tersebut. Kedua, memahami faktor-faktor berlakunya perubahan terdapat ciri dan cara pelaksanaan adat istiadat perkahwinan kaum Dusun tersebut. Dalam menyiapkan kajian ini, terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji seperti kaedah temubual menggunakan borang temu bual berbentuk google form. Bagi data sekunder pula, ia diperolehi melalui kajian perpustakaan. Kajian ini telah mendapati bahawa wujudnya keunikan dalam adat istiadat perkahwinan kaum Dusun tradisional namun telah berubah seiring berjalannya waktu. Terdapat tiga faktor umum yang telah mendorong berlakunya perubahan dalam adat istiadat perkahwinan tersebut seperti pengaruh agama, kahwin campur (agama dan kaum) dan perubahan cara hidup semasa.