Permasalahan etika Zaman Kesultanan Melayu Melaka: Kajian kes Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511)

Kajian ini menyentuh tentang falsafah etika pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan memfokuskan kepada keperibadian Sultan Mahmud sebagai subjek kajian. Dalam konteks ini, perbahasan berkenaan persoalan etika dalam memahami sejarah politik tradisional belum begitu meluas diwacanakan dan memerluka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Aqil Aziz Tuah
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35471/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35471/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35471/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini menyentuh tentang falsafah etika pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan memfokuskan kepada keperibadian Sultan Mahmud sebagai subjek kajian. Dalam konteks ini, perbahasan berkenaan persoalan etika dalam memahami sejarah politik tradisional belum begitu meluas diwacanakan dan memerlukan kajian terperinci serta bersifat kekinian untuk dilakukan. Perkara ini semakin mendesak sifatnya memandangkan permasalahan etika era Kesultanan Melayu Melaka sering dikonotasikan sebagai suatu yang bersifat negatif khususnya yang melibatkan keperibadian Sultan Mahmud. Oleh sebab itu, satu kajian terbaharu perlu dijalankan bagi mendapatkan gambaran keseluruhan yang lebih adil agar pemaknaan sedia ada dapat dibenarkan atau ditolak bersandarkan fakta serta interpertasi baharu. Atas keperluan ini menyebabkan tiga objektif telah dimunculkan antaranya (i)membahaskan falsafah etika semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, (ii)mengenal pasti permasalahan etika yang disandarkan kepada Sultan Mahmud Syah dan (iii)menjelaskan pandangan sarjana berkenaan permasalahan etika Sultan Mahmud Syah. Matlamat ini berusaha dicapai dengan menggunakan metodologi kajian bersifat kualitatif bersandarkan kajian kepustakaan yang mengumpulkan sumber primer dan sekunder sejarah. Misalnya sumber primer seperti Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu atau sumber daripada Portugis. Pengkaji juga mendapatkan bahan sekunder seperti buku atau artikel yang ditulis sarjana sains sosial dan kemanusiaan yang diperolehi secara atas talian atau di perpustakaan. Penyelidikan juga dilakukan dengan melakukan kaedah temu bual terhadap salah seorang sarjana sains sosial dan kemanusiaan. Hasil dapatan kajian ini ialah, falsafah etika Kesultanan Melayu Melaka dipengaruhi oleh pengaruh feudalisme dan raja berkuasa mutlak. Kedua, masyarakat Melayu diikat dengan daulat dan derhaka, patriotisme, kesetiaan dan ketaatan kepada raja dan sifat malu. Panduan etika terhadap Sultan sebenarnya wujud, seperti pematuhan terhadap waadat, wasiat para sultan, Undang-Undang Melaka, dan pengaruh agama dan adat. Namun, kewujudannya tidak menghalang permasalahan etika berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, terutama Sultan Mahmud Syah. Permasalahan etika Sultan Mahmud Syah dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti masalah keperibadian, keobesesan terhadap wanita, menghukum secara tidak adil dan lain-lain. Permasalahan etika ini akhirnya membentuk saintis sains sosial dan kemanusiaan kepada dua golongan. Pertama ialah golongan revolusioner yang menjustifikasikan etika baginda. Mereka juga menolak kejatuhan kota Melaka kerana etika baginda. Golongan kedua ialah tradisionalis, yang mengkritik etika baginda serta mengaitkan kejatuhan Melaka dengan etika baginda.