Kepimpinan Suami: Pendekatan Dan Impak Terhadap Kefungsian Keluarga
Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarga dapat berfungsi dengan baik. Pemimpin keluarga yang dapat menjalankan kepimpinannya dengan baik dijangka dapat membang...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39352/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39352/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39352/ https://www.ums.edu.my/fis/index.php/conferences/seapis |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kepimpinan tidak hanya penting dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat tetapi dalam kehidupan berkeluarga. Kepimpinan yang baik sangat penting bagi memastikan institusi keluarga dapat berfungsi dengan baik. Pemimpin keluarga yang dapat menjalankan kepimpinannya dengan baik dijangka dapat membangun keluarga yang sejahtera dan menjalankan fungsi-fungsinya. Bahkan pemimpin keluarga yang terbaik diperlukan bagi mencapai kebahagiaan dalam sebuah keluarga. Malangnya, kebanyakan keluarga hari ini tidak mempraktikkan kepimpinan yang baik dalam sebuah keluarga mengakibatkan terjadinya pelbagai masalah. Kelemahan dan kegagalan suami menjalankan tanggungjawab kepimpinan ini dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam mempraktikkan kepimpinan yang baik dalam sebuah keluarga. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana kepimpinan keluarga seharusnya berfungsi dengan memfokuskan pendekatan kepimpinan yang dipraktikkan suami dalam keluarga serta impaknya terhadap kefungsian keluarga. Untuk itu, temu bual terhadap enam buah keluarga terpilih di W.P Labuan dan Sabah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan suami mempraktikkan pendekatan kepimpinan yang berbeza iaitu kepimpinan tegas, kepimpinan melalui teladan, kepimpinan fleksibel dan kepimpinan mengikut situasi. Pendekatan kepimpinan yang berbeza ini memberi impak kepada kefungsian keluarga. |
---|