Interpretasi Catan ‘Gunung Kinabalu Menangis’ Oleh Baron Kampiau Sebating

Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan Sabah seperti pelukis legenda seperti Benedict Chong (1960-an), Lakim Haji Kassim (1970- an) dan pelukis generasi muda y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abal Mukam Mislin, Musnin Misdih, Humin Jusilin
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39362/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39362/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39362/
https://doi.org/10.51200/ga.v14i1.5183
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan Sabah seperti pelukis legenda seperti Benedict Chong (1960-an), Lakim Haji Kassim (1970- an) dan pelukis generasi muda yang prolifik seperti Baron Kampiau (1990-an) mengekspresikan Gunung Kinabalu sebagai hal benda utama dalam catannya. Takrifan Catan Kinabalu adalah merujuk kepada karya catan yang mengidealisasi imej Gunung Kinabalu sebagai hal benda secara metafora yang menjelaskan tujuan dan makna tertentu khususnya berkaitan isu-isu budaya di Sabah. Berdasarkan karya Baron Kempiau Sebating, isu budaya dan identiti Sabah dianalisis melalui pendekatan ikonografi terhadap aspek-aspek formal yang dipaparkan. Pelukis ini dipilih mewakili etnik Kadazandusun untuk menilai ekspresi ikon Gunung Kinabalu sebagai tunjang manifestasi budaya dan kepercayaan mereka yang signifikan dengan Catan Kinabalu. Data melalui temu bual awal, menunjukkan pernyataan idea ekspresif pelukis terdorong dengan unsur kebanggaan, keagungan dan keunggulan Gunung Kinabalu sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara. Imej Gunung Kinabalu digarap sebagai simbolisme yang memberi makna tentang tatacara hidup masyarakat Sabah seperti adat istiadat, pantang larang dan amalan harian. Catan Kinabalu berfungsi sebagai ikon visual yang menterjemahkan isu dan makna budaya tempatan di Sabah. Dapatan Kajian ini menjelaskan bahawa Catan Kinabalu menjadi saluran komunikasi kepada pelukis Sabah untuk menyalurkan kesedaran kepada audiens tentang budaya Sabah. Mereka meletakkan Catan Kinabalu sebagai saluran manifestasi putaran budaya yang harus dikekalkan. Karya Catan Kinabalu berperanan untuk mempertahankan warisan budaya Sabah.