Pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sosial dan perkhidmatan terhadap kepuasan pelajar institusi pengajian tinggi swasta di Sabah
Kepuasan pelanggan merupakan satu aspek penting yang sering diberi perhatian oleh para pembekal produk terutama pihak swasta. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sosial dan kualiti perkhidmatan di Institusi Pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40717/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40717/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40717/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kepuasan pelanggan merupakan satu aspek penting yang sering diberi perhatian oleh para pembekal produk terutama pihak swasta. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepuasan pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sosial dan kualiti perkhidmatan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta melihat perbezaan tahap kepuasan pelajar, hubungan dan pengaruh ketiga-tiga variabel tersebut. Model SERVQUAL yang melibatkan lima dimensi iaitu kebolehpercayaan, jaminan, bukti fizikal, empati dan responsif telah digunakan dalam kajian ini bagi mengukur tahap kepuasan pelajar. Satu set borang soal selidik yang mengandungi 69 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Set soal selidik ini perlu dijawab oleh semua responden yang dipilih secara rawak yang melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Sabah. Seramai 347 orang responden yang telah menjawab soal selidik tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan kesemua nilai min variabel berada pada tahap yang tinggi iaitu kualiti pengajaran dan pembelajaran min=4.10, persekitaran sosial min=4.11, kualiti perkhidmatan min=3.77 dan kepuasan pelajar min=3.98. Dapatan kajian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran (p=0.035<0.05), persekitaran sosial (p=0.001<0.05), kualiti perkhidmatan (p=0.004<0.05) dan kepuasan (P=0.001<0.05) mengikut kolej. Hasil analisis korelasi Pearson pula didapati bahawa hubungan yang signifikan dan positif pada aras sederhana kuat bagi kualiti pengajaran dan pembelajaran (r=0.42, p<0.05), aras sederhana kuat bagi persekitaran sosial (r= 0.50, p<0.05) dan kualiti perkhidmatan juga pada aras sederhana kuat (r=0.55, p<0.05) terhadap kepuasan pelajar. Manakala, analisis regrasi berganda menunjukkan kualiti perkhidmatan, persekitaran sosial dan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara signifikan mempengaruhi kepuasan pelajar iaitu dengan nilai β masing-masing adalah β=0.368, β=0.214 dan β=0.186. Maklumat daripada dapatan ini boleh digunakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej-kolej swasta dalam memperkasakan pendidikan swasta khususnya di Sabah. |
---|