Pengaruh pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan personaliti guru terhadap kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PPdP), pengurusan bilik darjah (PBD), dan personaliti guru (PG) terhadap kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Normiati Batjo
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40718/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40718/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40718/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PPdP), pengurusan bilik darjah (PBD), dan personaliti guru (PG) terhadap kualiti guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik pensampelan kebarangkalian berstrata, kluster, dan rawak mudah. Berpandukan teknik pensampelan Cohen (2001), sampel ditetapkan sebanyak 380 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t dan ANOVA sehala membuktikan terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana antara variabel PPdP, pengurusan bilik darjah dan personaliti guru dengan kualiti guru. Begitu juga dengan Analisis Laluan (SEM) menunjukkan kombinasi sumbangan ketiga-tiga variabel bebas terhadap variabel bersandar kualiti guru pada kekuatan pengaruh yang tinggi. Analisis Laluan turut menunjukkan terdapat pengaruh secara langsung yang signifikan variabel bersandar dengan variabel tidak bersandar. Kajian menyumbangkan satu Model Kualiti Guru baharu yang diadaptasi dan digabungjalinkan bersama teori dan model terdahulu.