Kajian fitokimia dan penyaringan biologi ke atas goniothalamus velutinus dan goniothalamus uvarioides

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen kimia yang terdapat dalam Goniothalamus velutinus dan G. uvarioides yang melibatkan pengekstrakan, penulenan dan penentuan struktur komponen-komponen tulen. Kulit batang G. uvarioides memberikan perätus minyak pati (1.50 %) yang ti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wong, Mui Hung
Format: Thesis
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/15001/3/Kajian%20Fitokimia%20dan%20penyaringan%20biologi%20ke%20atas%20Goniothalamus%20Velutinus%20dan%20Goniothalamus%20Uvarioides%20%20%28fulltext%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/15001/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti komponen-komponen kimia yang terdapat dalam Goniothalamus velutinus dan G. uvarioides yang melibatkan pengekstrakan, penulenan dan penentuan struktur komponen-komponen tulen. Kulit batang G. uvarioides memberikan perätus minyak pati (1.50 %) yang tinggi berbanding dengan kulit batang G. velutinus (0.19 %). G. velutinus memberikan minyak pati yang berwarna kuning manakala G. uvarioides memberikan minyak tanpa warna. Monoterpena merupakan komponen utama dalam kulit batang G. uvarioides (68.81 %); manakala kulit batang G. velutinus tidak mengandungi monoterpena. Sebatian y-terpinena (32.63 %) merupakan monoterpena yang dikenalpasti dengan peratus kelimpahan yang tertinggi di dalam kulit batang G. uvarioides. Seskuiterpena merupakan komponen utama minyak pati pada kulit batang G. velutinus (39.75 %), tetapi merupakan komponen minor dalam kulit batang G. uvarioides (1.69 %). Sebatian farnesena (13.39 %) dan (E)-kariofilena (6.83 %) merupakan komponen seskuiterpena utama dalam minyak pati kulit batang G. velutinus. Keputusan penyaringan alkaloid ke atas akar serta kulit batang G. velutinus dan G. uvarioides dengan bahan uji Mayer menunjukkan kehadiran alkaloid dalam kuantiti yang sederhana. Sebanyak lima sebatian tulen telah berjaya dipisahkan dan dikenalpasti. Sebatian tersebut adalah velutinum (SI), aristolaktam-1311 (S3) dari G. velutinus, dan pinosembrin (S4), goniothalamin (S5) serta 5,7,4'-trihidroksiflavanon (S8) dari G. uvarioides. Ujian ketoksikan ke atas anak udang Artemia salina menunjukkan ekstrak akar G. velutinus adalah paling toksik, manakala ekstrak heksana kulit batang G. uvarioides adalah tidak toksik walaupun pada kepekatan yang tinggi. Sebatian pinosembrin memberikan nilai LDso 100 ppm, manakala sebatian goniothalamin memberikan nilai LDso kurang daripda 10 ppm. Penyaringan antibakteria menunjukkan minyak pati dari G. uvarioides adalah kurang merencat Bacillus amylofacien, dan tidak merencat Listeria monocytogen serta Vibrio parahaemolyticus. Pinosembrin memberikan perencatan yang amat lemah ke atas Bacillus amylofacien dan Listeria monocytogen. Goniothalamin merencat Bacillus amylofacien, Listeria monocytogen dan Vibrio parahaemolyticus pada 100 ppm dan 1000 ppm. Semua xix sampel yang diuji tidak menunjukkan sebarang perencatan ke atas Vibrio cholerae dan Escherichia coli kecuali minyak pati dari G. uvarioides yang menunjukkan perencatan ke atas Vibrio cholerae pada 1000 ppm. Bagi penyaringan antikanser, goniothalamin dan pinosembrin menunjukkan aktiviti sitotoksik ke atas sel-sel kanser yang dikaji. GI50 bagi sebatian goniothalamin ialah 1.85 μg/mL ke atas sel-sel kanser buah dada (MCF-7), 1.98 μg/mL ke atas sel-sel kanser sistem saraf berpusat (SF-268) dan 6.00 μg/mL ke atas sel-sel kanser paru-paru (NCI-H460). G150 untuk sebatian pinosembrin adalah 16.60 μg/mL (MCF-7), 14.4 μg/mL (SF-268) dan 12.00 μg/mL (NCI-H460).