PANDEMIK COVID-19 MEMPERKAYA AKRONIM BAHASA MELAYU

Beberapa akronim terkini telah wujud apabila dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul dalam usaha Kerajaan Malaysia membendung penularan COVID-19. Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mary Fatimah, Subet, Roslan, Ali, Salbia, Hassan, Dayang Sariah, Abang Suhai, Muhammad Zaid, Bin Daud, Shahira, JOHAN
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/36888/1/230.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/36888/
http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/index.php/programme/icls2021-proceedings
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Beberapa akronim terkini telah wujud apabila dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul dalam usaha Kerajaan Malaysia membendung penularan COVID-19. Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunakan kerangka pengkategorian akronim yang telah dikemukakan oleh Nik Safiah Karim et.al (2014). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia. Sebanyak 200 kongsian maklumat SMS kepada umum daripada pihak MKN antara 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco dianalisis di samping kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang dan kongsian siaran berita terpilih turut dilakukan untuk mengenal pasti data kajian yang mengandungi akronim. Seterusnya borang soal selidik dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. 152 orang responden telah terlibat menjawab soal selidik ini atas talian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat akronim popular seperti PKP, PKBP, PKPD, SOP, 3S, 3W, 3C dan beberapa lagi berkaitan COVID-19 yang telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia dalam membicarakan pandemik COVID-19. Akronim-akronim ini yang sekarang didapati digunakan secara meluas diharap dapat memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam Bahasa Melayu.