Metafora Konseptual Dalam Bahasa Halus Masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti kosa kata bahasa halus yang terdapat dalam masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak. Kajian ini menerapkan pendekatan metafora konseptual (Lakoff & Johnson, 1980) untuk menganalisis bahasa halus tersebut dan penyelidikan ini menjadi sandaran untuk melihat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Clinton, Ringit, Hamidah, Abdul Wahab, Remmy, Gedat
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/37153/1/Hamidah.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/37153/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti kosa kata bahasa halus yang terdapat dalam masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak. Kajian ini menerapkan pendekatan metafora konseptual (Lakoff & Johnson, 1980) untuk menganalisis bahasa halus tersebut dan penyelidikan ini menjadi sandaran untuk melihat hubungan budaya dengan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau. Kajian ini menerapkan kaedah kualitatif, iaitu melalui temu bual berstruktur untuk mendapatkan data melalui 10 orang informan perempuan dan 10 orang informan lelaki. Hasilnya, kajian ini memperoleh 20 data melalui empat domain, iaitu domain ketakutan, kematian, kepercayaan, dan kejantinaan. Pendekatan metafora konseptual yang disarankan oleh Lakoff dan Johnson (1980) menunjukkan data bagi domain kejantinaan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau, iaitu beganti (berganti), betubuh bisi’ (ada isi), betubuh dua (berbadan dua), bungai layu’ (bunga layu), dan rumbau (tidak berbuah) mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kepercayaan masyarakat Iban. Hubungan bahasa halus dengan konteks budaya masyarakat Iban Sebuyau juga menunjukkan sistem kepercayaan dan menghormati alam lain amat dititikberatkan dalam setiap tutur kata.