Kajian Percambahan dan Kultur In Vitro Enau (Arenga Pinnata)
Kajian ke arah mengekalkan germplasma enau (Arenga pinnata) melalui kaedah in vitro telah dijalankan memandangkan tumbuhan yang berpotensi ini semakin pupus akibat penerokaan tanah. Penyelidikan yang telah dijalankan meliputi kaedah pra-perlakuan percambahan biji benih bagi mendapatkan sumber ek...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1994
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10347/1/FP_1994_5_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10347/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Kajian ke arah mengekalkan germplasma enau (Arenga pinnata) melalui
kaedah in vitro telah dijalankan memandangkan tumbuhan yang berpotensi ini
semakin pupus akibat penerokaan tanah.
Penyelidikan yang telah dijalankan meliputi kaedah pra-perlakuan
percambahan biji benih bagi mendapatkan sumber eksplan untuk kajian
selanjutnya, penentuan kombinasi pengawalatur pertumbuhan yang sesuai untuk
memperolehi anak benih, pembentukan kalus daripada pengkulturan berbagai
jenis eksplan dan pembentukan embrio soma daripada kalus yang terbentuk
daripada pengkulturan embrio.
Bagi kajian pra-perlakuan percambahan biji benih, kajian telah dijalankan
di rumah kaca dan di makmal. Perlakuan termasuklah pemotongan biji benih di
bahagian hujungnya, biji benih direndam di dalam air panas (100°C) selama 10
dan 30 minit, biji benih direndam di dalam H2S04 pekat selama 10 dan 30 minit
dan penggoresan di lapisan endokarpa biji benih di bahagian berhampiran
embrio. Penggoresan di lapisan endokarpa biji benih didapati memberikan
peratus percambahan biji benih yang tertinggi iaitu sebanyak 84 % (di rumah
kaca) dan 80% (di makmal). |
---|