Pandangan mahasiswa Melayu dan Cina di Lembah Klang terhadap pembentukan identiti kebangsaan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik. Setiap kumpulan etnik menganut agama sendiri, mengekalkan kepercayaan dan tradisi serta cara hidup masing-masing. Kewujudan masyarakat berbilang etnik yang mengamalkan kepelbagaian agama dan budaya tela...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104388/1/SIAW%20BING%20-%20T%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104388/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan keunikan budaya
dan kepelbagaian etnik. Setiap kumpulan etnik menganut agama sendiri,
mengekalkan kepercayaan dan tradisi serta cara hidup masing-masing.
Kewujudan masyarakat berbilang etnik yang mengamalkan kepelbagaian
agama dan budaya telah menjadikan keistimewaan Malaysia berbanding
dengan negara lain. Namun, kepelbagaian identiti etnik telah menjadi cabaran
kepada pembentukan identiti kebangsaan. Hal ini disebabkan setiap kumpulan
etnik ingin mempertahankan identiti etnik masing-masing supaya budaya etnik
tidak terhakis. Sejak mencapai kemerdekaan, negara Malaysia berusaha untuk
membentuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat bagi mencapai
perpaduan dan keharmonian. Maka, isu-isu perpaduan etnik sering menjadi
cabaran dalam pembentukan identiti kebangsaan semenjak berlakunya
peristiwa 13 Mei pada 1969. Dengan itu, kajian ini telah dijalankan dengan
tujuan: (i) menerokai pemahaman mahasiswa Melayu dan Cina di Lembah
Klang tentang konsep dan ciri-ciri identiti kebangsaan, (ii) mengenal pasti
cabaran utama dalam pembentukan identiti kebangsaan berdasarkan
pandangan mahasiswa Melayu dan Cina di Lembah Klang, (iii) mengenal pasti
cadangan mahasiswa Melayu dan Cina di Lembah Klang bagi membentuk
identiti kebangsaan, dan (iv) mengenal pasti perbezaan pandangan antara
mahasiswa Melayu dan Cina di Lembah Klang terhadap ciri-ciri identiti
kebangsaan, cabaran dan cadangan dalam pembentukan identiti kebangsaan.
Golongan mahasiswa dipilih menjadi kumpulan sasaran kajian disebabkan
mereka merupakan generasi yang memberi sumbangan tenaga dan juga
harapan negara pada masa akan datang. Mahasiswa Melayu dan Cina telah
dipilih kerana kedua-dua kumpulan etnik ini merupakan kumpulan etnik utama
di Malaysia.
Dari segi pengumpulan data, kajian ini telah menggunakan pendekatan kaedah
gabungan. Pendekatan kualitatif iaitu melalui kaedah perbincangan kumpulan
berfokus (FGD) telah dilaksanakan terdahulu untuk menerokai pandangan
informan terhadap persoalan kajian. Seterusnya, pendekatan kuantitatif melalui
kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik telah dilaksanakan
untuk memperoleh pandangan responden. Data yang diperoleh dari FGD telah
dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Manakala data
yang diperoleh dari tinjauan telah dianalisis secara deskriptif dan ujian t.
Hasil kajian menunjukkan bahawa identiti kebangsaan yang difahami oleh
mahasiswa merujuk kepada bahasa, budaya dan peradaban yang diamalkan
dalam sesebuah negara telah melambangkan identiti negara. Tambahannya,
ciri-ciri tersebut telah menjadikan negara unik berbanding dengan negara lain.
Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain telah melambangkan ciri-ciri identiti
kebangsaan negara. Kajian ini dapati cabaran yang dihadapi dalam
pembentukan identiti kebangsaan ialah kerajaan tidak menerima perubahan
dan mempunyai idea sendiri dalam pelaksanaan dasar. Bagi mengatasinya,
mahasiswa mencadangkan bahawa pemimpin seharusnya mengutamakan
rakyat semasa menggubal dasar-dasar negara agar kehendak dan harapan
rakyat boleh dipenuhi. Seterusnya, analisis ujian-t menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan antara mahasiswa Melayu dan Cina
terhadap ciri-ciri identiti kebangsaan, cabaran dalam pembentukan identiti
kebangsaan, dan cadangan dalam pembentukan identiti kebangsaan. Secara
keseluruhannya, mahasiswa Melayu lebih prihatin terhadap pembentukan
identiti kebangsaan Malaysia berbanding dengan mahasiswa Cina. Justeru,
bagi memastikan identiti kebangsaan dapat dipupuk di semua kalangan rakyat,
pandangan dan pemahaman rakyat perlu diberi perhatian agar identiti
kebangsaan dapat dicapai dengan jayanya. |
---|