Kesan Mikoriza Arbuskul, Efluen Kilang Kelapa Sawit dan Baja Npk Terhadap Pertumbuhan Tanaman Cili dan Sifat Fizik-Kimia Tanah Pasir Bekas Lombong

Satu penyelidikan telah dijalankan di rumah kaca 11C-UPM untuk menilai keberkesanan Mikoriza Arbuskul (MA), Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME), Baja NPK terhadap pertumbuhan dan hasil eili serta sitat fizik-kimia tanah pasir bekas lombong. Anak benih eili berusia 3 minggu di alihkan ke polibeg be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Sembok, Wan Zaliha
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10661/1/FP_2003_22.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10661/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Satu penyelidikan telah dijalankan di rumah kaca 11C-UPM untuk menilai keberkesanan Mikoriza Arbuskul (MA), Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME), Baja NPK terhadap pertumbuhan dan hasil eili serta sitat fizik-kimia tanah pasir bekas lombong. Anak benih eili berusia 3 minggu di alihkan ke polibeg berisi 5 kg tanah pasir bekas 10m bong yang terdahulu digaul bersama 30 tan ha-1 POME (berdasarkan 5 kg tanah). Empat kadar kulat MA (0g, 30g. 60g dan 90g) dan empat kadar baja NPK (0 tan, 0.75 tan, 1.5 tan dan 3.0 tan ha-1) berfaktorial disusun menggunakan rekabentuk blok rawak penuh lengkap (ReBD) dengan 3 replikasi. Respon tumbesaran tanaman, bilangan spora, peratus jangkitan akar, kandungan nutrien dalam tisu dan hasil menunjukkan peningkatan yang tinggi dengan penambahan 909 MA berbanding tanpa MA pada pemberian baja NPK yang berbeza-beza. Terdapat kaitan linear yang bererti pada pemberian kadar 3.0 tan ha-1 baja NPK dengan peningkatan kadar kulat MA bagi berat basah buah (R2=0.76**) dan berat kering buah (R2=0.73**). Kadar optima kulat MA dan baja NPK tidak diperolehi, maka paras kulat MA dan baja NPK yang memberikan hasil tertinggi dalam julat kajian dikira sebagai kadar yang terbaik.