Sikap, persepsi dan tahap penerimaan bantuan bakul makanan dalam kalangan pengguna B40 di Daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap, persepsi, dan tahap penerimaan mengenai bantuan bakul makanan dalam kalangan pengguna golongan B40. Seramai 200 pengguna B40 yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, telah dipilih melalui persampelan bertujuan bagi menjawab borang soal selidik sebagai ins...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia
2023
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109410/ https://macfea.com.my/jilid-2-vol-39-dec-2023/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap, persepsi, dan tahap penerimaan mengenai bantuan bakul makanan dalam kalangan pengguna golongan B40. Seramai 200 pengguna B40 yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan, telah dipilih melalui persampelan bertujuan bagi menjawab borang soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Hasil analisis deskriptif, yang mentafsirkan purata skor bagi setiap pembolehubah, menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap persepsi positif yang tinggi mengenai program bantuan bakul makanan. Walau bagaimanapun, sikap dan tahap penerimaan responden terhadap bantuan bakul makanan didapati memuaskan. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang kuat dan
signifikan antara sikap (r = 0.218; p = 0.002) dan persepsi (r = 0.427; p = 0.00) dengan tahap penerimaan bantuan bakul makanan. Secara umumya, hasil kajian ini menggambarkan kepentingan pembentukan sikap dan persepsi yang baik bagi meningkatkan tahap penerimaan program bantuan bakul makanan. Pihak kerajaan dan agensi berkaitan juga dapat menjadikan hasil kajian sebagai rujukan bagi penambaikan program sedia ada dengan tujuan memastikan keterjaminan makanan dalam kalangan pengguna B40 di Malaysia. |
---|