Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah

Perkembangan sosio-emosi adalah antara aspek perkembangan yang paling kritikal dalam kalangan kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah. Masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan mampu menyumbang kepada pelbagai isu lain yang lebih seriu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wahab, Rozita
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062/1/113062.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.113062
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Early childhood education - Psychological aspects
Technology and children
Self-control in children
spellingShingle Early childhood education - Psychological aspects
Technology and children
Self-control in children
Wahab, Rozita
Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
description Perkembangan sosio-emosi adalah antara aspek perkembangan yang paling kritikal dalam kalangan kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah. Masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan mampu menyumbang kepada pelbagai isu lain yang lebih serius seperti masalah pembelajaran, masalah tingkah laku, gangguan kerisauan, dan kemurungan. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak perlu difahami agar ia dapat dikurangkan atau dibendung daripada peringkat awal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak dengan masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan 425 orang kanak-kanak prasekolah yang berusia lima dan enam tahun di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berperingkat. Set borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kesukaran sosio-emosi, tingkah laku prososial, hubungan ibu bapa-anak, kawalan kendiri, profil pemilikan dan penggunaan teknologi digital kanak-kanak prasekolah, serta profil latar belakang kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa. Alat pengukuran yang telah digunakan adalah Strength and Difficulties Questionnaire, Child-Parent Relationship Scale, Teacher’s Self-Control Rating Scale, dan Skala Kebergantungan Teknologi Digital. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa terdapat 9.4 peratus kanak-kanak prasekolah berada pada tahap abnormal dalam aspek kesukaran sosio-emosi dan 25.4 peratus kanak-kanak prasekolah berada pada tahap abnormal dalam aspek tingkah laku prososial. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti kanakkanak prasekolah mempunyai hubungan ibu bapa-anak tahap tinggi, kawalan kendiri tahap sederhana, dan masalah kebergantungan teknologi digital pada tahap rendah. Terdapat 82.6 peratus kanak-kanak prasekolah dilaporkan menggunakan peranti teknologi digital melebihi dua jam sehari. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak dengan kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi tahap kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri, hubungan ibu bapa-anak, kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial di antara kanak-kanak prasekolah lelaki dan perempuan. Analisis PROCESS Makro pula membuktikan bahawa hubungan ibu bapa-anak adalah pengantara bagi perkaitan antara tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital dan kawalan kendiri dengan kesukaran sosioemosi dan tingkah laku prososial. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah pada masa kini dipengaruhi secara kritikal oleh faktor-faktor seperti tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak. Dapatan kajian ini bermanfaat kepada pihak bertanggungjawab agar programprogram untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan, kawalan kendiri dan amalan penggunaan teknologi digital selamat dalam kalangan kanak-kanak dan seluruh rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan. Kempen-kempen kesedaran mengenai peranan penting golongan ibu bapa berkaitan risiko penggunaan teknologi digital ke atas perkembangan kanak-kanak juga perlu diperluaskan agar dapat mencapai seluruh kumpulan sasaran.
format Thesis
author Wahab, Rozita
author_facet Wahab, Rozita
author_sort Wahab, Rozita
title Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
title_short Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
title_full Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
title_fullStr Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
title_full_unstemmed Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
title_sort perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062/1/113062.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062/
_version_ 1814054782661296128
spelling my.upm.eprints.1130622024-10-25T01:59:46Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062/ Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah Wahab, Rozita Perkembangan sosio-emosi adalah antara aspek perkembangan yang paling kritikal dalam kalangan kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah. Masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan mampu menyumbang kepada pelbagai isu lain yang lebih serius seperti masalah pembelajaran, masalah tingkah laku, gangguan kerisauan, dan kemurungan. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak perlu difahami agar ia dapat dikurangkan atau dibendung daripada peringkat awal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak dengan masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan 425 orang kanak-kanak prasekolah yang berusia lima dan enam tahun di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berperingkat. Set borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan kesukaran sosio-emosi, tingkah laku prososial, hubungan ibu bapa-anak, kawalan kendiri, profil pemilikan dan penggunaan teknologi digital kanak-kanak prasekolah, serta profil latar belakang kanak-kanak prasekolah dan ibu bapa. Alat pengukuran yang telah digunakan adalah Strength and Difficulties Questionnaire, Child-Parent Relationship Scale, Teacher’s Self-Control Rating Scale, dan Skala Kebergantungan Teknologi Digital. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa terdapat 9.4 peratus kanak-kanak prasekolah berada pada tahap abnormal dalam aspek kesukaran sosio-emosi dan 25.4 peratus kanak-kanak prasekolah berada pada tahap abnormal dalam aspek tingkah laku prososial. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti kanakkanak prasekolah mempunyai hubungan ibu bapa-anak tahap tinggi, kawalan kendiri tahap sederhana, dan masalah kebergantungan teknologi digital pada tahap rendah. Terdapat 82.6 peratus kanak-kanak prasekolah dilaporkan menggunakan peranti teknologi digital melebihi dua jam sehari. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak dengan kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi tahap kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri, hubungan ibu bapa-anak, kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial di antara kanak-kanak prasekolah lelaki dan perempuan. Analisis PROCESS Makro pula membuktikan bahawa hubungan ibu bapa-anak adalah pengantara bagi perkaitan antara tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital dan kawalan kendiri dengan kesukaran sosioemosi dan tingkah laku prososial. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa masalah kesukaran sosio-emosi dan tingkah laku prososial kanak-kanak prasekolah pada masa kini dipengaruhi secara kritikal oleh faktor-faktor seperti tahap penggunaan teknologi digital, kebergantungan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu bapa-anak. Dapatan kajian ini bermanfaat kepada pihak bertanggungjawab agar programprogram untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan, kawalan kendiri dan amalan penggunaan teknologi digital selamat dalam kalangan kanak-kanak dan seluruh rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan. Kempen-kempen kesedaran mengenai peranan penting golongan ibu bapa berkaitan risiko penggunaan teknologi digital ke atas perkembangan kanak-kanak juga perlu diperluaskan agar dapat mencapai seluruh kumpulan sasaran. 2020-07 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113062/1/113062.pdf Wahab, Rozita (2020) Perkaitan antara penggunaan teknologi digital, kawalan kendiri dan hubungan ibu-bapa dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak prasekolah. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Early childhood education - Psychological aspects Technology and children Self-control in children