Prestasi butiran 'arang tempurung kelapa sawit' dalam penurasan dua media

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi butiran arang tempurung kelapa sawit dalam penurasan dua media untuk merawat air mentah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu model unit penurasan aliran ke bawah yang dihasilkan oleh tindakan graviti dan dikawal dengan tekanan yang malar. Dua jeni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jusoh, Ahmad, Ghazali, Abdul Halim, Megat Mohd Noor, Megat Johari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1989
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17972/1/ID%2017972.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17972/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi butiran arang tempurung kelapa sawit dalam penurasan dua media untuk merawat air mentah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan satu model unit penurasan aliran ke bawah yang dihasilkan oleh tindakan graviti dan dikawal dengan tekanan yang malar. Dua jenis media turasan digunakan, pertama penuras satu media yang terdiri daripada media pasir yang mempunyai saiz efektif, E.S = Ø.5 mm (graviti tentu Gs =2.65 dan pekali keseragaman, U.C = 1.5), dan kedua penuras dua media yang terdiri daripada butiran arang tempurung kelapa sawit yang mempunyai saiz efektif, E.S. = 1.Ø mm ( graviti tentu Gs = 1.4 dan pekali keseragaman, U.C.= 1.5) di lapisan atas dan pasir yang serupa seperti penuras satu media di lapisan bawah. Penurasan air terenap menggunakan penuras satu media dan penuras dua media telah menghasilkan kualiti efluen yang setanding (iaitu kurang daripada Ø.4 NTU). Tetapi penuras dua media yang menggunakan butiran arang tempurung kelapa sawit mempunyai tempoh operasi tiga kali lebih lama daripada penuras satu media. Penuras dua media juga mampu menuras dengan kadar yang lebih laju.