Kohesi gramatikal penghubung dalam karangan berbahasa Melayu
Kohesi bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Tiadanya kohesi dalam penulisan menyebabkan pembaca sukar memahami maklumat yang dibaca. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Pahang
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34280/1/Kohesi%20gramatikal%20penghubung%20dalam%20karangan%20berbahasa%20Melayu.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34280/ http://ijleal.ump.edu.my/index.php/services |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kohesi bermakna teks atau wacana berhubung antara satu sama lain bagi membina makna yang lebih jelas dan akhirnya dapat difahami oleh pembaca. Tiadanya kohesi dalam penulisan menyebabkan pembaca sukar memahami maklumat yang dibaca. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan aspek kohesi gramatikal dalam karangan Bahasa Melayu pelajar pada peringkat pengajian tinggi awam. Sampel kajian adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam dengan menggunakan karangan sebagai bahan kajian. Kajian ini menggunakan Teori Fungsional Fungsi Ayat. Data kajian diperoleh daripada karangan yang ditulis oleh pelajar yang mengambil kursus penulisan dalam Bahasa Melayu. Bagi tujuan keseragaman, tajuk karangan ditentukan dan tempoh penulisan adalah enam puluh minit. Data-data dikira dalam bentuk peratus dan dihuraikan. Analisis ini hanya membincangkan kohesi gramatikal jenis penghubung sahaja. Kohesi gramatikal penghubung terbahagi kepada lima bahagian iaitu penghubung pertambahan, penghubung pertentangan, penghubung sebab-akibat, penghubung waktu dan penghubung syarat. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar lebih banyak menggunakan kohesi gramatikal penghubung pertambahan dalam menulis karangan Bahasa Melayu. |
---|