Kesan tenik peniruan terhadap pencapaian murid dalam menulis karangan Bahasa Melayu
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik peniruan dalam penulisan karangan murid. Seramai 20 orang murid dari kelas Tahun 3 dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dikumpul dengan menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian Eksperimental Ujian Pra...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50912/1/Greduc080%20Ahmad%20Fuad.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50912/ http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Greduc080%20Ahmad%20Fuad.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan teknik peniruan dalam penulisan karangan murid. Seramai 20 orang murid dari kelas Tahun 3 dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dikumpul dengan menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian Eksperimental Ujian Pra dan Ujian Pos diguna pakai untuk mengenal pasti perbezaan markah ujian setelah melaksanakan teknik peniruan. Pemerhatian semasa proses peniruan dijalankan sebagai langkah sokongan daripada data eksperimental. Keputusan Ujian Pra juga menunjukkan bahawa hanya 56.25% sahaja murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan betul. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap sesi dalam seminggu) dilaksanakan bagi melaksanakan teknik peniruan. Dalam tempoh tersebut, murid-murid belajar menulis karangan dengan meniru beberapa contoh karangan dalam mini modul yang telah disediakan dan guru sebagai pembimbing. Teknik peniruan ini dijalankan sekurang-kurangnya lima bulan. Ujian Pos dilakukan terhadap sampel kajian yang sama setelah rawatan dilakukan. Data daripada ujian pos dikumpul, dianalisis dan dibuat perbandingan dengan data daripada ujian pra melalui analisis deskriptif. Hasil keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang positif sebanyak 14.75%. Kajian yang memakan masa hampir 6 bulan ini telah membuktikan bahawa murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan teknik yang betul setelah mengaplikasikan teknik peniruan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. |
---|