Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik
Motivasi, gaya pembelajaran dan kebolehan kognitif memainkan peranan penting dan menjadi penentu kepada kejayaan akademik pelajar dan kejayaan di tempat kerja kelak. Motivasi merupakan tenaga dan penggerak serta berpengaruh dalam mempertingkatkan pemprosesan kognitif dan seterusnya peningkatan p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433/1/FPP_2005_8.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
id |
my.upm.eprints.6433 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English Malay |
topic |
Study and teaching(secondary) - Study skills - Malaysia |
spellingShingle |
Study and teaching(secondary) - Study skills - Malaysia Abd Razak, Sarimah Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik |
description |
Motivasi, gaya pembelajaran dan kebolehan kognitif memainkan peranan
penting dan menjadi penentu kepada kejayaan akademik pelajar dan
kejayaan di tempat kerja kelak. Motivasi merupakan tenaga dan penggerak
serta berpengaruh dalam mempertingkatkan pemprosesan kognitif dan
seterusnya peningkatan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Gaya
pembelajaran pula mengandungi perlakuan nyata yang bertindak sebagai
petunjuk tentang bagaimana pelajar belajar daripada persekitaran,
menyesuaikan diri dengannya dan bagaimana minda pelajar beroperasi.
Kebolehan kognitif boleh menyediakan satu gambaran tepat tentang prestasi
pelajar di sekolah dan didapati berkait dengan gender, pengkhususan
akademik, motivasi dan gaya pembelajaran pelajar serta penyampaian
pengajaran guru.
Disebabkan kepentingan semua pembolehubah yang dikaji dan penekanan
kepada pendidikan teknikal dan vokasional dalam menghasilkan sumber manusia mahir di abad ke-21 bagi negara ini, kajian ini dijalankan dengan
tujuan: 1) mengenal pasti tahap motivasi intrinsik pelajar Sekolah Menengah
Teknik (SMT), 2) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penyampaian
pengajaran guru SMT, 3) mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar SMT, 4)
menentukan tahap kebolehan kognitif pelajar SMT, 5) menentukan perbezaan
dalam tahap kebolehan kognitif mengikut gender dan pengkhususan
akademik pelajar SMT, 6) menentukan hubungan antara kebolehan kognitif
dengan gender, pengkhususan akademik, motivasi intrinsik, penyampaian
pengajaran guru dan gaya pembelajaran dan 7) mengenal pasti faktor yang
mempengaruhi kebolehan kognitif pelajar SMT.
Data daripada kajian deskriptif-korelasi ini dikumpul melalui kaedah tinjauan
yang menggunakan ujian, inventori piawai dan soal selidik. Sampel kajian
terdiri daripada 635 orang pelajar SMT yang dipilih dengan menggunakan
prosedur persampelan pelbagai tahap. Kadar respons ialah 91.02% (578
responden). Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi
menganalisis data kajian.
Dapatan kajian menunjukkan pelajar SMT aliran Pendidikan Teknikal
mempunyai motivasi intrinsik bertahap sederhana. Persepsi pelajar terhadap
penyampaian pengajaran guru mereka pula berada di tahap tinggi. Dari segi
gaya pembelajaran, mereka merupakan penyesuai dan pemusat. Pelajar ini
juga mempunyai tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan Seterusnya, hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam
kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan mengikut gender. Perbezaan
signifikan juga wujud dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan kebolehan
kognitif keseluruhan mengikut pengkhususan akademik. Hasil kajian ini juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara gender dan
kebolehan kognitif keseluruhan serta antara pengkhususan akademik dan
kebolehan kognitif ruangan.
Dari segi hubungan, wujud hubungan positif yang rendah dan signifikan
antara kebolehan kognitif lisan dan gender. Bagi kebolehan kognitif kuantitatif,
hubungan positif yang lemah dan signifikan didapati. Hubungan negatif yang
lemah dan signifikan wujud antara kebolehan kognitif ruangan dan gender.
Namun demikian, didapati tidak wujud hubungan signifikan antara kebolehan
kognitif keseluruhan dan gender.
Terdapat hubungan positif yang lemah dan signifikan antara pengkhususan
akademik dan kebolehan kognitif lisan, kebolehan kognitif kuantitatif dan
kebolehan kognitif keseluruhan. Tiada hubungan wujud antara pengkhususan
akademik dan kebolehan kognitif ruangan. Hasil kajian juga menunjukkan
tidak terdapat hubungan antara motivasi intrinsik, persepsi pelajar terhadap
penyampaian pengajaran guru dan gaya pembelajaran dengan semua
dimensi kebolehan kognitif. Dua faktor, iaitu gender dan pengkhususan
akademik didapati mempunyai hubungan dengan kebolehan kognitif pelajar
ini, Namun demikian, tiada faktor yang dikaji mempengaruhi kebolehan
kognitif keseluruhan pelajar ini.
kebolehan kognitifif keseluruhan sederhana. |
format |
Thesis |
author |
Abd Razak, Sarimah |
author_facet |
Abd Razak, Sarimah |
author_sort |
Abd Razak, Sarimah |
title |
Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik |
title_short |
Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik |
title_full |
Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik |
title_fullStr |
Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik |
title_full_unstemmed |
Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik |
title_sort |
motivasi, gaya pembelajaran dan kebolehan kognitif pelajar sekolah menengah teknik |
publishDate |
2005 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433/1/FPP_2005_8.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433/ |
_version_ |
1781706754358247424 |
spelling |
my.upm.eprints.64332023-10-30T03:50:43Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433/ Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik Abd Razak, Sarimah Motivasi, gaya pembelajaran dan kebolehan kognitif memainkan peranan penting dan menjadi penentu kepada kejayaan akademik pelajar dan kejayaan di tempat kerja kelak. Motivasi merupakan tenaga dan penggerak serta berpengaruh dalam mempertingkatkan pemprosesan kognitif dan seterusnya peningkatan prestasi pelajar dalam pembelajaran. Gaya pembelajaran pula mengandungi perlakuan nyata yang bertindak sebagai petunjuk tentang bagaimana pelajar belajar daripada persekitaran, menyesuaikan diri dengannya dan bagaimana minda pelajar beroperasi. Kebolehan kognitif boleh menyediakan satu gambaran tepat tentang prestasi pelajar di sekolah dan didapati berkait dengan gender, pengkhususan akademik, motivasi dan gaya pembelajaran pelajar serta penyampaian pengajaran guru. Disebabkan kepentingan semua pembolehubah yang dikaji dan penekanan kepada pendidikan teknikal dan vokasional dalam menghasilkan sumber manusia mahir di abad ke-21 bagi negara ini, kajian ini dijalankan dengan tujuan: 1) mengenal pasti tahap motivasi intrinsik pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT), 2) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru SMT, 3) mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar SMT, 4) menentukan tahap kebolehan kognitif pelajar SMT, 5) menentukan perbezaan dalam tahap kebolehan kognitif mengikut gender dan pengkhususan akademik pelajar SMT, 6) menentukan hubungan antara kebolehan kognitif dengan gender, pengkhususan akademik, motivasi intrinsik, penyampaian pengajaran guru dan gaya pembelajaran dan 7) mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehan kognitif pelajar SMT. Data daripada kajian deskriptif-korelasi ini dikumpul melalui kaedah tinjauan yang menggunakan ujian, inventori piawai dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 635 orang pelajar SMT yang dipilih dengan menggunakan prosedur persampelan pelbagai tahap. Kadar respons ialah 91.02% (578 responden). Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar SMT aliran Pendidikan Teknikal mempunyai motivasi intrinsik bertahap sederhana. Persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru mereka pula berada di tahap tinggi. Dari segi gaya pembelajaran, mereka merupakan penyesuai dan pemusat. Pelajar ini juga mempunyai tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan Seterusnya, hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan mengikut gender. Perbezaan signifikan juga wujud dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan kebolehan kognitif keseluruhan mengikut pengkhususan akademik. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara gender dan kebolehan kognitif keseluruhan serta antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif ruangan. Dari segi hubungan, wujud hubungan positif yang rendah dan signifikan antara kebolehan kognitif lisan dan gender. Bagi kebolehan kognitif kuantitatif, hubungan positif yang lemah dan signifikan didapati. Hubungan negatif yang lemah dan signifikan wujud antara kebolehan kognitif ruangan dan gender. Namun demikian, didapati tidak wujud hubungan signifikan antara kebolehan kognitif keseluruhan dan gender. Terdapat hubungan positif yang lemah dan signifikan antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif lisan, kebolehan kognitif kuantitatif dan kebolehan kognitif keseluruhan. Tiada hubungan wujud antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif ruangan. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara motivasi intrinsik, persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru dan gaya pembelajaran dengan semua dimensi kebolehan kognitif. Dua faktor, iaitu gender dan pengkhususan akademik didapati mempunyai hubungan dengan kebolehan kognitif pelajar ini, Namun demikian, tiada faktor yang dikaji mempengaruhi kebolehan kognitif keseluruhan pelajar ini. kebolehan kognitifif keseluruhan sederhana. 2005-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6433/1/FPP_2005_8.pdf Abd Razak, Sarimah (2005) Motivasi, Gaya Pembelajaran dan Kebolehan Kognitif Pelajar Sekolah Menengah Teknik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Study and teaching(secondary) - Study skills - Malaysia Malay |