Bahasa santun dalam majlis pernikahan
Kajian ini bertujuan untuk mencungkil kesantunan verbal dan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis pernikahan di Kelantan. Sampel kajian diambil dari tiga daerah, yang dipilih secara rawak untuk mewakili daerah lain di negeri Kelantan, iaitu daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat. Kajian ini meng...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Putra Malaysia Press
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64571/1/Bahasa%20santun%20dalam%20majlis%20pernikahan.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64571/ http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/66479/4.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mencungkil kesantunan verbal dan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis pernikahan di Kelantan. Sampel kajian diambil dari tiga daerah, yang dipilih secara rawak untuk mewakili daerah lain di negeri Kelantan, iaitu daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan empat strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000). Hasil kajian mendapati bahawa kesantunan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis pernikahan di Kelantan ialah cara duduk santun peserta dalam majlis, pemilihan ruang yang luas untuk majlis, adanya wakil dalam majlis, riak wajah senyum dan serius dalam majlis. Manakala, kesantunan verbal dalam majlis pernikahan pula ialah ambil giliran bercakap antara penutur utama dengan penutur lain, ungkapan persetujuan peserta, penggunaan kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga sebagai panggilan hormat dalam ucapan khutbah nikah oleh kadi kepada pasangan pengantin serta hadirin yang berada dalam majlis pernikahan. Kesimpulannya, empat strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000) telah berjaya mencungkil kesantunan verbal, dan bukan verbal masyarakat Melayu dalam majlis Akad Nikah di Kelantan. |
---|