Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia

Penyelidikan ini memfokuskan peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa bahasa, menganalisis jenis bahasa, dan menghuraikan nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa. K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassim, Siti Zainab
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/1/FBMK%202017%2066%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: Malay
id my.upm.eprints.70014
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.700142019-08-27T04:02:20Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/ Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia Hassim, Siti Zainab Penyelidikan ini memfokuskan peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa bahasa, menganalisis jenis bahasa, dan menghuraikan nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa. Kajian ini menggunakan lima strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000) dan 26 Komponen Hati Budi Melayu Hashim Haji Musa (2008). Pendekatan kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis hasil dapatan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa, dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, terdapat enam tatacara kebahasaan yang utama, iaitu majlis merisik, majlis pertunangan, menjemput tetamu untuk meraikan majlis atau walimatul urus, majlis akad nikah, majlis kesyukuran sempena perkahwinan, dan majlis menyambut menantu. Setiap tatacara adat perkahwinan tersebut, terdapat peristiwa bahasa atau kesantunan bukan verbal masyarakat Melayu yang tergambar melalui peranan peserta, lokasi atau suasana, dan atur cara majlis. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan juga terdapat tujuh jenis bahasa yang dapat menggambarkan kesantunan verbal dan bukan verbal, iaitu bahasa bukan verbal dalam majlis, perlambangan bahasa artifak perkahwinan, bahasa santun dalam kad jemputan perkahwinan, pantun dalam adat perkahwinan, penggunaan perkataan (artifak/ benda/ tingkah laku berkaitan perkahwinan) dalam dialek Kelantan, bahasa verbal dalam Majlis Akad Nikah, dan bahasa verbal dalam khutbah nikah. Peristiwa bahasa dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, tergambar melalui kesantunan bukan verbal, iaitu baik hati, jujur, beradab dalam majlis, menghargai atau memuliakan tetamu, tolong-menolong, kata nasihat atau ucapan berhikmah, merendah diri, doa atau kesyukuran kepada Allah SWT, hubungan silaturahim, mengikut peraturan atau ketetapan syarie dan cinta kasih kepada pasangan. Secara keseluruhannya, lima strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000), telah berjaya mencungkil peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal yang terdapat dalam peristiwa bahasa dan jenis bahasa serta Komponen Hati Budi Melayu Hashim Haji Musa (2008) berjaya mencungkil sebelas nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Kelantan. 2017-01 Thesis NonPeerReviewed text ms http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/1/FBMK%202017%2066%20-%20IR.pdf Hassim, Siti Zainab (2017) Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language Malay
description Penyelidikan ini memfokuskan peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa bahasa, menganalisis jenis bahasa, dan menghuraikan nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa. Kajian ini menggunakan lima strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000) dan 26 Komponen Hati Budi Melayu Hashim Haji Musa (2008). Pendekatan kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis hasil dapatan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa, dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, terdapat enam tatacara kebahasaan yang utama, iaitu majlis merisik, majlis pertunangan, menjemput tetamu untuk meraikan majlis atau walimatul urus, majlis akad nikah, majlis kesyukuran sempena perkahwinan, dan majlis menyambut menantu. Setiap tatacara adat perkahwinan tersebut, terdapat peristiwa bahasa atau kesantunan bukan verbal masyarakat Melayu yang tergambar melalui peranan peserta, lokasi atau suasana, dan atur cara majlis. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan juga terdapat tujuh jenis bahasa yang dapat menggambarkan kesantunan verbal dan bukan verbal, iaitu bahasa bukan verbal dalam majlis, perlambangan bahasa artifak perkahwinan, bahasa santun dalam kad jemputan perkahwinan, pantun dalam adat perkahwinan, penggunaan perkataan (artifak/ benda/ tingkah laku berkaitan perkahwinan) dalam dialek Kelantan, bahasa verbal dalam Majlis Akad Nikah, dan bahasa verbal dalam khutbah nikah. Peristiwa bahasa dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, tergambar melalui kesantunan bukan verbal, iaitu baik hati, jujur, beradab dalam majlis, menghargai atau memuliakan tetamu, tolong-menolong, kata nasihat atau ucapan berhikmah, merendah diri, doa atau kesyukuran kepada Allah SWT, hubungan silaturahim, mengikut peraturan atau ketetapan syarie dan cinta kasih kepada pasangan. Secara keseluruhannya, lima strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000), telah berjaya mencungkil peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal yang terdapat dalam peristiwa bahasa dan jenis bahasa serta Komponen Hati Budi Melayu Hashim Haji Musa (2008) berjaya mencungkil sebelas nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Kelantan.
format Thesis
author Hassim, Siti Zainab
spellingShingle Hassim, Siti Zainab
Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia
author_facet Hassim, Siti Zainab
author_sort Hassim, Siti Zainab
title Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia
title_short Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia
title_full Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia
title_fullStr Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia
title_full_unstemmed Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia
title_sort bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat melayu di kelantan, malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/1/FBMK%202017%2066%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/
_version_ 1643839625894035456