Pembangunan Instrumen Pengukuran Psikologi Keusahawanan Belia Malaysia
Keperluan untuk membangunkan instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia bagi menentukan ketepatan untuk membuat pemilihan belia-belia menceburi dalam bidang keusahawanan adalah ketara. Instrumen pengukuran psikologi merupakan kaedah terbaik kerana berupaya memberi penilaian yang t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7965/1/IPSS_2009_4.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7965/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Keperluan untuk membangunkan instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia
Malaysia bagi menentukan ketepatan untuk membuat pemilihan belia-belia
menceburi dalam bidang keusahawanan adalah ketara. Instrumen pengukuran
psikologi merupakan kaedah terbaik kerana berupaya memberi penilaian yang tepat
dan mendalam berbanding dengan kaedah lain. Kajian ini dilaksanakan untuk
memenuhi keperluan objektif kajian iaitu membangunkan instrumen pengukuran
psikologi keusahawanan belia Malaysia mengikut budaya dan acuan tempatan.
Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif
berlandaskan prosedur standard yang membolehkannya kurang dipengaruhi bias.
Enam dimensi dan 16 sub-dimensi telah dihasilkan melalui pendekatan kualitatif.
Dimensi dan sub-dimensi yang terdapat di dalam instrumen ini mengandungi niat
untuk berkeusahawanan, minat untuk berkeusahawanan, kompetensi keusahawanan,personaliti keusahawanan, religiositi keusahawanan dan efikasi keusahawanan yang
ada kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati kesahan kandungan
instrumen pengukuran psikologi adalah tinggi apabila 89 peratus item di dalam
instrumen ini telah dipersetujui oleh arbiter. Sejumlah 80 item telah dianalisis dan
telah memperoleh nilai alpha Cronbach bagi setiap item di antara .946 hingga .948.
Dari segi kebolehpercayaan, instrumen ini telah memperoleh nilai alpha Cronbach
.948 dan nilai standardized item alpha .950 iaitu nilai alpha if item deleted lebih kecil
daripada nilai standardized item alpha. Hasil kajian mendapati kesemua 80 item di
dalam instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia adalah bennutu
dan boleh dipercayai. Adalah dicadangkan kepada pihak agensi pembangunan
usahawan di negara ini untuk mengaplikasikan instrumen ini bagi memilih indlvidu
yang tepat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan. |
---|