Prinsip dan amalan penyuntingan oleh editor buku agama berbahasa Melayu

Buku agama mendapat perhatian dan menjadi bahan bacaan serta rujukan dalam kalangan masyarakat Islam dewasa ini. Oleh yang demikian, penerbitan buku agama turut melalui proses penyuntingan yang hampir sama dengan bahan bacaan yang lain seperti bahan ilmiah dan sebagainya. Namun begitu, bahan bacaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhaimi, Mohamad Suhaizi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85138/1/FBMK%202020%2024%20ir.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85138/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Buku agama mendapat perhatian dan menjadi bahan bacaan serta rujukan dalam kalangan masyarakat Islam dewasa ini. Oleh yang demikian, penerbitan buku agama turut melalui proses penyuntingan yang hampir sama dengan bahan bacaan yang lain seperti bahan ilmiah dan sebagainya. Namun begitu, bahan bacaan agama berbahasa Melayu dilihat mengalami ketidakseragaman dari aspek gaya yang melibatkan prinsip dan amalan dalam penyuntingan sehingga mencetuskan kekeliruan masyarakat untuk memperoleh maklumat agama secara tepat. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti prinsip dan amalan penyuntingan yang diterapkan oleh editor buku agama. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis pematuhan terhadap amalan penyuntingan serta menghasilkan panduan penyuntingan yang boleh dirujuk terutamanya dalam penyuntingan buku agama. Pendekatan prinsip penyuntingan oleh Einsohn (2011) diterapkan bagi menganalisis prinsip dan amalan penyuntingan selaras dengan objektif kajian ini. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan dua alat kajian iaitu melalui soalan temu bual kepada ketua editor dan 30 soalan kaji selidik kepada editor manakala reka bentuk kajian tertumpu kepada Turutan Penerokaan. Justeru, seramai tiga (3) orang editor yang berpengalaman dalam bidang penyuntingan buku agama serta 48 orang editor buku agama dipilih sebagai sampel kajian bagi penyelidikan ini. Hasil kajian mendapati terdapat enam (6) Prinsip Penyuntingan iaitu Penyuntingan Mekanikal, Penyuntingan Bahagian yang Saling Berhubungan, Penyuntingan Bahasa, Penyuntingan Kandungan, Pemastian Keizinan Dipinta dan Penandaan Arahan. Selain itu, kajian ini berjaya memperoleh dapatan baharu apabila sebanyak 13 tema terhasil iaitu Gaya, Patuh, Konsisten, Nota kaki, Kurungan, Ilustrasi. Kesalahan, Peka, Ragam, Keseimbangan, Penolakan, Kesahihan serta Simbol. Kesemua tema tersebut merupakan lanjutan daripada pendekatan kajian yang dikemukakan oleh Einsohn (2011). Kajian tentang penerbitan buku agama ini turut menghasilkan panduan mengenai prinsip dan amalan penyuntingan bagi membantu gerak kerja para editor buku agama berbahasa Melayu lebih terarah dan berstruktur.