Kewujudan bahasa antara dalam kalangan pelajar suku Dusun Tindal
Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk bahasa antara dalam penulisan karangan pelajar suku Dusun Tindal. Kajian kes dijalankan di Sekolah Menengah Tenghilan, Tuaran, Sabah yang melibatkan sebanyak 69 pelajar, 12 orang guru Bahasa Melayu dan 2 informan dari komuniti suku Dusun Tindal. Instrumen p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85385/1/FBMK%202020%2017%20ir.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85385/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk bahasa antara dalam penulisan karangan pelajar suku Dusun Tindal. Kajian kes dijalankan di Sekolah Menengah Tenghilan, Tuaran, Sabah yang melibatkan sebanyak 69 pelajar, 12 orang guru Bahasa Melayu dan 2 informan dari komuniti suku Dusun Tindal. Instrumen penyelidikan ialah set soal selidik, ujian karangan, inventori terjemahan versi kosa kata dan ayat bahasa Melayu dan bahasa Dusun Tindal, dan borang temu bual berstruktur.
Terdapat beberapa penemuan penting daripada penyelidikan ini. Pertama, faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa pelajar suku Dusun Tindal ialah bahasa ibu bapa di rumah, bahasa pertuturan ibu bapa ketika bersama anak-anak, transmisi bahasa antara generasi dan trend dalam domain bahasa ibunda yang sedia ada. Ironinya, transmisi bahasa antara generasi berada di persimpangan antara ‘selamat’ dengan ‘hampir terancam’. Trend dalam domain bahasa yang sedia ada menunjukkan kesetaraan multibahasa. Kedua, kebanyakan skor penulisan karangan bahasa Melayu pelajar pada peringkat ‘baik’ tetapi kandungan karangan masih ada bentuk bahasa antara. Bentuk pemindahan latihan terjadi berdasarkan kekerapan pelajar menggunakan struktur ayat bahasa ibunda yang bermula dengan frasa kerja atau adjektif. Ketiga, ayat yang mengandungi bentuk terlebih generalisasi menggambarkan penara sementara bahasa antara. Keempat, guru-guru bahasa menyarankan beberapa strategi bagi meleraikan bentuk bahasa antara, terutamanya mengambil sikap yang betul terhadap kesilapan bahasa pelajar. Kelima, kontinum bahasa antara pelajar kebanyakannya pada tahap akrolek antara skor 81 hingga 97. Tahap ini menghampiri kompetensi bahasa penutur asli. Sebagai langkah penambahbaikan, penyelidikan punca penara sementara adalah munasabah untuk mengatasi halangan bahasa antara yang dihadapi oleh pelajar suku Dusun Tindal. |
---|