Faktor-faktor keputusan khidmat luaran sistem maklumat bagi organisasi di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia
Pada hari ini, perkembangan teknologi komputer amatlah pesat tidak kira untuk kegunaan persendirian mahupun di pejabat. Tambahan pula kini komputer merupakan satu alat yang amat penting kepada semua pihak terutama kepada pihak pengurusan samada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan. Diseb...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8690/1/FSKTM_2002_8%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8690/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Pada hari ini, perkembangan teknologi komputer amatlah pesat tidak kira untuk
kegunaan persendirian mahupun di pejabat. Tambahan pula kini komputer merupakan
satu alat yang amat penting kepada semua pihak terutama kepada pihak pengurusan
samada di peringkat atasan, pertengahan atau bawahan. Disebabkan setiap organisasi
hari ini mempunyai kakitangan yang berdaya fikir, sistem maklumat telah menjadi
antara aset penting sesebuah organisasi. Dalam menguruskan jabatan sistem maklumat,
kebanyakan pengurus berlumba-lumba untuk menghasilkan sebuah jabatan sistem
maklumat yang lebih berkualiti dan dapat menepati keperluan mereka dan pihak lain.
Untuk itu kebanyakan organisasi sekarang telah menggunakan khidmat luaran
(outsourcing) untuk menguruskan jabatan sistem maklumat ataupun fungsi-fungsi di
dalam jabatan sistem maklumat dalam organisasi mereka.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap penggunaan
khidmat luaran di organisasi dan mengenalpasti faktor-faktor keputusan khidmat luaran
bagi jabatan sistem maklumat atau fungsi-fungsi di dalam jabatan sistem maklumat di
organisasi mereka. Di samping itu, berdasarkan kepada hasil kajian, sebuah model bagi
faktor-faktor keputusan khidmat luaran sistem maklumat akan dicadangkan. Untuk
mendapatkan data bagi kajian ini, pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan
borang soal-selidik kepada organisasi yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah
pensampelan bertujuan (purpose sampling). Data yang diperolehi dianalisa dengan
menggunakan pakej perisian statistik, SPSS versi 10.05 .
Hasil kajian ini mendapati bahawa 66 peratus daripada organisasi yang disoalselidik
menggunakan khidmat luaran di jabatan sistem maklumat masing-masing, tanpa
mengira saiz organisasi mereka. Bagi faktor-faktor keputusan khidmat luaran pula, tiga
faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan adalah faktor kakitangan, data dan
kawalan. Manakala tujuh faktor lain yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan
turnt dikenalpasti iaitu faktor ekonomi, pembekal, organisasi, pengurusan, kualiti,
strategik dan teknologi. Daripada keputusan kajian ini, satu model cadangan bagi
faktor-faktor keputusan khidmat luaran IS telah dihasilkan. |
---|