Pembangunan kerangka penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik di sekolah rendah
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar dalam matematik masih rendah terutamanya dalam pentaksiran global seperti TIMSS dan PISA. Penyoalan lisan guru didapati membantu meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar terhadap konsep matematik yang dipelajari. Terlalu sedik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/1/IPM%202020%207%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90881/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian terdahulu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar dalam matematik
masih rendah terutamanya dalam pentaksiran global seperti TIMSS dan PISA.
Penyoalan lisan guru didapati membantu meningkatkan tahap pemikiran dan
pemahaman pelajar terhadap konsep matematik yang dipelajari. Terlalu sedikit yang
diketahui tentang sejauh mana guru matematik sekolah rendah melaksanakan
penyoalan lisan dalam proses pengajaran matematik. Maka, kajian ini dijalankan untuk
menghuraikan jenis soalan lisan, aras soalan lisan dan jenis maklum balas yang
digunakan oleh guru baharu dan guru berpengalaman dalam proses pengajaran
matematik di sekolah rendah serta faktor yang mempengaruhi maklum balas yang
diberikan oleh guru terhadap respon pelajar. Dengan itu, suatu kerangka penyoalan
lisan guru matematik sekolah rendah boleh dicadangkan.
Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui
kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan nota lapangan. Data yang
diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis perbandingan berterusan bagi
mendapatkan tema dan sub- tema yang terkandung di dalam data yang merupakan data
primer. Pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan iaitu seramai
enam orang guru matematik sekolah rendah yang terdiri daripada tiga orang guru
baharu dan tiga orang guru berpengalaman.
Dapatan kajian mendapati bahawa guru berpengalaman mengajukan soalan lisan yang
lebih banyak berbanding guru baharu dalam pengajaran matematik yang dilaksanakan.
Terdapat dua kategori utama jenis soalan yang diajukan oleh guru dalam pengajaran
matematik iaitu soalan lisan berkaitan isi kandungan pelajaran dan soalan lisan
pengurusan pengajaran. Analisis data menunjukkan bahawa jenis soalan pengurusan
pengajaran melengkapi penyoalan lisan berkaitan kandungan di mana gabungan kedua dua jenis soalan ini diperlukan dalam proses penyoalan lisan semasa pengajaran
matematik.
Penerokaan berkaitan aras soalan lisan yang digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran matematik mendapati guru baharu dan guru berpengalaman lebih memberi
fokus kepada penyoalan lisan aras rendah dalam proses pengajaran matematik. Hasil
kajian juga turut mengenal pasti cabaran pelaksanaan soalan lisan aras tinggi iaitu
kekangan masa, bebanan tugas yang banyak, silibus matematik yang banyak, tahap
kemampuan pelajar, penglibatan pelajar, serta latihan dalam perkhidmatan yang tidak
mencukupi menyebabkan mereka kurang memberi fokus kepada soalan lisan aras
tinggi dalam proses pengajaran matematik. Seterusnya, dalam aspek memberi maklum
balas terhadap respon pelajar semasa proses penyoalan lisan, didapati bahawa guru
berpengalaman mengajukan lebih banyak maklum balas berbanding guru baharu. Guru
baharu dan guru berpengalaman memberikan pelbagai jenis maklum balas terhadap
respon pelajar dalam aktiviti penyoalan lisan semasa proses pengajaran matematik.
Mereka menyatakan pelbagai faktor mempengaruhi maklum balas yang diberikan
terhadap respon pelajar. Faktor tersebut ialah tahap kemampuan pelajar, respon pelajar
semasa proses pengajaran, persekitaran, pengalaman mengajar, tahap pengetahuan
guru, bebanan tugas serta kursus dan latihan dalam perkhidmatan.
Kajian ini juga telah berjaya menghasilkan sebuah Kerangka Penyoalan Lisan Guru
Matematik Sekolah Rendah yang menekankan aspek pelbagai jenis soalan lisan, soalan
lisan pelbagai aras, maklum balas yang pelbagai, serta pelbagai faktor penting yang
perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan penyoalan lisan dalam pengajaran
matematik. Penemuan ini adalah bersifat sugestif tetapi tidak dapat di generalisasikan
kepada semua guru matematik sekolah rendah. Dicadangkan kajian kuantitatif boleh
dilaksanakan yang melibatkan saiz sampel yang lebih besar. Selain itu, beberapa
implikasi untuk proses pengajaran dibincangkan dan beberapa cadangan untuk
penyelidikan selanjutnya adalah disyorkan. |
---|