Program Latihan Sukan: Amalan Jurulatih Tempatan
Jurulatih sukan memainkan peranan penting di dalam pembangunan dan melatih atlit dan pasukan untuk menyertai sesuatu pertandingan bagi memastikan atlit dan pasukannya dapat memperlihatkan persembahan yang terbaik dan seterusnya berusaha mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertandingan. Di Malaysia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
1999
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9113/1/FPP_1999_7_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9113/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English English |
Summary: | Jurulatih sukan memainkan peranan penting di dalam pembangunan dan melatih
atlit dan pasukan untuk menyertai sesuatu pertandingan bagi memastikan atlit dan
pasukannya dapat memperlihatkan persembahan yang terbaik dan seterusnya berusaha
mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertandingan. Di Malaysia pembangunan
infrasturktur dan sokongan kerajaan terhadap pembangunan sukan adalah tinggi. Walau
bagaimanapun belum dapat memberi saingan yang berkesan ke pada atlit-atlit di peringkat
antarabangsa.
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui model dan proses
perencanaan program latihan yang diamalkan oleh jurulatih tempatan dalam menyediakan
atlit dan pasukan mereka bagi menghadapi sesuatu kejohanan. Data kajian ini di perolehi
daripada 97 orang jurulatih tempatan yang terlibat dalam merancang, melaksana dan
menilai program latihan atlit dan pasukan yang menyertai kejohanan Sukan Malaysia Ke
VI 1996 (SUKMA) di Pahang. Soal selidik telah diedarkan dan dikumpulkan melalui pos bagi mendapatkan maklumat amalan dan persepsi kepentingan
responden berkaitan dengan perencanaan program latihan sukan.
Penemuan kajian menunjukkan bahawa komponan-komponan model umum
perencanaan program latihan sumber manusia boleh digunapakai dalam perencanaan
program latihan sukan. Walaubagaimanapun dari segi susunatur komponan-komponan
perencanaan program latihan sukan berbeza dengan susunatur perencanaan program
latihan sumber manusia. Satu model umum perencanaan program latihan sukan yang
menekankan kepada komponan isi kandungan kemahiran yang periu dikuasai dan
kemudian diikuti oleh komponan lain, dapat dibentuk. Ini mungkin disebabkan dalam
sukan teknik dan kemahiran yang diperlukan bagi sesuatu sukan telah ditetapkan dan
jurulatih perlu memastikan atlit menguasai dan mencapai piawai ini. Ini berbeza dengan
model umum perencanaan program latihan sumber manusia yang berasaskan kepada
pengenalpastian keperluan latihan. |
---|